Pages

Wednesday, February 22, 2017

Majlis Perasmian dan Lawatan Jaulah Imtiyaz 3.0

Pada 20 Februari 2017, Panitia Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Perasmian Jauhlah Imtiyaz 3.0 yang bertempat di dataran perhimpunan saat berlangsung perhimpunan rasmi mingguan sekolah bagi Tahap 1 dan Tahap 2 . Ia dirasmikan oleh Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP.

Program ini merupakan sebagai penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran Bahasa Arab dengan mendapat A+ pada peperiksaan akhir tahun 2016.
Jaulah bermaksud lawatan dan Imtiyaz bermaksud cemerlang. Adapun 3.0 membawa maksud kali ini adalah kali ke-3 Panitia Bahasa Arab mengadakan lawatan seumpama ini sejak tahun 2014.

Lawatan yang ditunggu-tunggu telah diadakan pada hari Rabu 22 Februari 2017 yang melibatkan seramai 81 orang murid dan 8 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran Bahasa Arab di samping mendorong mereka dan rakan-rakan yang lain untuk terus cemerlang.

Lawatan dilakukan di sekitar bandar Shah Alam. Murid- murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Panitia, Puan Nor Ziani Binti Zubir dan selepas itu kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 9.30 pagi kami tiba di Muzium Sultan Alam Shah. Di sana murid-murid belajar tentang sejarah negeri Selangor. Kami keluar dari Muzium pada pukul 11.30 pagi dan seterusnya bergerak ke Pusat Kesenian Islam. Di sini murid-murid diberi pendedahan tentang kesenian Islam dan cara penghasilan Al-Quran.

Pada pukul 12.30 tengah hari kami tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Setiba di sana kami disambut oleh Imam Besar Masjid iaitu Imam Syeikh Abdul Karim Omar Fatoni Al-Makki dan diberi sedikit taklimat juga tayangan video tentang penubuhan masjid tersebut. Kami turut dijamu makan tengah hari oleh pihak pengurusan masjid. Para ahli rombongan juga turut menunaikan solat zohor berjamaah di masjid. Pada pukul 2.30 petang kami bertolak ke Muzium Coklat Kota Damansara. Murid-murid diberi penerangan dan demonstrasi tentang penghasilan coklat. Tepat jam 4.30 petang rombongan bergerak pulang ke sekolah dan tiba di perkarangan sekolah pada pukul 5.20 petang.

Perasmian Jaulah Imtiyaz 3.0 sesi Pagi pada 20 Mac 2017

Perasmian Jaulah Imtiyaz 3.0 sesi petang pada 20 Mac 2017

Sebelum bertolak ke Shah Alam pada 22 Mac 2017

Destinasi pertama tiba di Muzium Sultan Alam Shah




Suasana ketika berada di Muzium dan Pusat Kesenian Islam

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz;
 Syeikh Abdul Karim Omar Fatoni Al-Makki 

Suasana ketika di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Destinasi terakhir lawatan di Muzium Coklat Kota Damansara

 Wajah gembira murid-murid saat tiba di Muzium Coklat.

Laporan disediakan oleh : Salmi Adnan

No comments:

Post a Comment