Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi menyertai program-program berikut :
- Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.
- Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.
- Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.
- Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke Kolej PERMATApintar UKM pada Tahun 2018.
Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15 Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.
Sekian, terima kasih
Juga Berkaitan
- Brosur Ujian UKM1 dan UKM2 ini di sini.
- Kolej PERMATA Insan.
- Kolej PERMATApintar UKM.
- Carta alir proses Pencarian Pelajar Pintar dan Berbakat
- Ujian UKM1 boleh diakses melalui http://ukm1.permatapintar.edu.my/
- Program Perkemahan Cuti Sekolah PERMATApintar di UKM.
No comments:
Post a Comment