Pages

Monday, March 13, 2017

Pendaftaran Tahun 1 2018 & 2019

Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2018 Dan 2019 Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Selangor Secara Atas Talian (Online)

Laman Sesawang :
public.moe.gov.my

Tarikh Daftar Online :
1 Mac hingga 30 April 2017

Tahun Kelahiran :
Sesi Persekolah 2018 – Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
Sesi Persekolahan 2019 – Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013

Tindakan Ibu/Bapa/Penjaga :
Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan
dan bawa dokumen berikut (asal dan salinan) :
1. Borang Daftar Online
2. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat
3. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga
4. Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan
5. Surat Cerai dan Perintah Hak Jagaan Anak (Hadhanah/Custody)
6. Bil TNB / Syabas (sebagai bukti tempat tinggal
7. Sampul surat beralamat sendiri saiz 7’’ x 10’’ (18 cm x 25 cm) & setem RM 0.70
                                                                                                      

*nota tambahan: 

i). Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2012 layak memohon kemasukan awal ke tahun satu dengan mengemukakan permohonan secara manual ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos 2017.

ii). Kepada ibu bapa/ penjaga yang telah memohon secara online bagi sesi  persekolahan 2018 pada tahun lepas (2016), diminta mengisi maklumat murid pada bahagian imunisasi dan menghantarnya ke sekolah secepat mungkin. 

No comments:

Post a Comment