Hari : Jumaat
Tarikh : 16 Jun 2017
Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada Ibu Bapa dan
Penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Mereka juga
diberi kesempatan untuk bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran
untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan tahap
penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi bermula dari pukul 8:00 a.m. hingga 11:30 a.m. di kelas anak masing-masing.
Program ini telah
dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga
yang telah menghadirkan diri dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang
program ini dijalankan.
Antara
gambar-gambar untuk dikongsikan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra sesi pagi..
No comments:
Post a Comment