Pages

Monday, June 19, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

Tarikh : 19 Jun 2017
Masa  :  7.30 - 8.30 pagi
Guru Bertugas :
                     1. Pn. Astina Binti Mahad Nor
                     2. En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
                     3. Pn. Nurul Iman Binti Illyas
                     4. Pn. Nor Syakila Binti Mohamad
                     5. Pn. Musaliha Binti Mustafa
                     6. Pn. Norfauziatuon Binti Mohamed
                     7. Pn. Nurul Izziani Binti Mohd Latifi
                     8. Pn. Parimala a/p Vengadaslam

Laporan Perhimpunan :

Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh Nur Rusyaidi bin Bakhri.
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nurul Iman Binti Illyas dan bacaan ikrar murid oleh Penolong Pengawas Amirah Syazana.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Maimunah Binti Yob)
    4.1  Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas sepanjang masa.
    4.4  Keputusan pemenang keceriaan kelas minggu lepas :

           i) Kelas PPKI
              Pertama  :   Aquatik
              Kedua    :   Kriket
              Ketiga    :   Socker

           ii) Tahun 4
              Pertama  :   Nafiri
              Kedua    :   Kompang
              Ketiga    :   Rebana

           iii) Tahun 5
              Pertama  :   Surgeri
              Kedua    :   Hematologi
              Ketiga    :   Respiratori

           iv) Tahun 6
              Pertama  :   Zuhrah
              Kedua    :   Neptun
              Ketiga    :   Uranus

5.  Ucapan guru bertugas (Pn. Nurul Iman Binti Illyas)
     5.1  Tema : Faedah Bersukan
           Aktiviti bersukan hendaklah sentiasa menjadi amalan setiap warga SKTPP. Antara faedah bersukan adalah:
a)      Dapat menyihatkan tubah badan.
b)      Dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan.
c)      Mengisi masa lapang yang bermanfaat.
d)      Dapat mengharumkan nama sekolah.

    5.2   Perkataan LAWAD
            i) BM -    Buah tangan = Ole-ole yang dibeli oleh seseorang.
            ii) BI  -    Factory = Kilang
           iii) B.Arab - Sarapan = Sarapan pagi

6.   #Malaysia Ngaji 1438H (Ustaz Zurilazman Bin Abdullah)
               6.1 #Malaysia Ngaji bertujuan menjadikan aktiviti membaca al-Quran sebagai budaya kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia. Program bermula pada pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari. Murid hendaklah membawa al-Quran masing-masing ke Dewan Perdana. Murid moral berkumpul di Bilik Sumber.

7.  Ucapan Pentadbir (Puan Rohaidah Binti Mohamad Ali)
     7.1  Puan Guru Besar menyatakan kekecewaan mengenai keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang melibatkan murid tahun 6. Hanya 3 orang murid mendapar 6A dan 6 orang mendapat 5A. Murid diingatkan supaya meningkatkan lagi usaha dan sentiasa istiqamah bagi menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR pada 24-27 Julai 2017.
    7.2  Memperkenalkan Guru Praktikum dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa  Selangor (KUIS) iaitu Ustazah Nurul Najihah Binti Yusof dan Ustazah Nur Aufa Dina Binti Mohd Zamri.
     7.3  Memaklumkan aktiviti selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan disertai oleh murid dan sekolah;
               a) Pertandingan Memanah MSSD, Boling MSSD dan Kalam Jamaie Puteri Islam Peringkat Negeri Selangor. Semoga berjaya.
               b) Pusat Sumber Sekolah telah dicalonkan oleh PPD bagi mewakili Daerah Sepang dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Negeri Selangor dalam bulan Ogas 2017. Diharap semua murid, guru dan warga sekolah memberikan kerjasama dalam misi untuk menjadi Juara PSS pula.
     7.4  Pada Hari Khamis 22 Jun 2017 diadakan Majlis Penutupan Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan 1348H. Antara program yang dirancang seperti Khatam al-Quran, Sumbangan kepada anak yatim dan miskin, Majlis perpisahan guru SKTPP dan sesi salam dan bermaafan.
     7.5 Guru besar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin kepada semua murid dan warga SKTPP.

Ucapan guru bertugas Pn. Nurul Iman Binti Illyas

Berisan guru bertugas mingguan kumpulan F

Taklimat #Malaysia Ngaji oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah

Ucapan Guru Besar Pn. Hjh. Rohaidah Binti Mohd Ali

Disediakan oleh,

En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin

No comments:

Post a Comment