Pada 11 - 14 Julai 2017, telah berlangsung Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) di SMK Batu Unjur, Klang. Seramai 24 orang murid dari sekolah rendah dan menengah terpilih mewakili Kontinjen Daerah Sepang bersama dengan 6 orang guru pengiring. Daerah Sepang berjaya merangkul tempat keempat keseluruhan dengan pungutan pingat 11 emas, 8 perak dan 7 gangsa. 5 orang peserta terpilih ke peringkat MSSM di Terengganu.
Seorang murid dari SKTPP telah terpilih mewakili MSSD Sepang bertanding dalam Kejohanan Memanah MSSS tersebut. Berikut dinyatakan serba sedikit latar belakang beliau;
Nama : Niqa Abyana Bt Mohd Zaimi
Kelas : 5 Surgeri (2017)
Pengalaman :
- Mula menyertai pasukan memanah pada Disember 2016 bersama Team Sasar, Sepang.
- Mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD (Mei 2017)
- Mewakili Daerah Sepang ke Kejohanan MSSS (Julai 2017)
Walapun Niqa tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat MSSM, namun ia merupakan satu titik permulaan yang baik bagi beliau untuk terus menempa kejayaan pada masa akan datang.
Berikut memori sepanjang pertandingan...
Peserta Perempuan Bawah 12 Tahun |
Done for today... |
Guru Pengiring & Jurulatih Daerah Sepang |
Terus berjuang |
Semangat berpasukan |
Merai kejayaan... |
Tahniah buat Niqa Abyana! Semoga kejayaan akan terus mengiringimu...
No comments:
Post a Comment