Pages

Saturday, August 12, 2017

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3

Hari ini diadakan Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua AJK PIBG serta para pentadbir yang telah hadir. Mesyuarat telah membincangkan pelbagai isu dan mendengar laporan-laporan aktiviti sekolah yang disampaikan oleh para guru. Alhamdulillah semua perancangan yang lepas telah dapat dilaksanakan dan ada yang masih menunggu perkembangan lanjut.
   Terima kasih banyak diucapkan buat PIBG atas kelulusan yang telah diberi terhadap semua permohonan kewangan untuk program sekolah. Semoga 50% lagi ibu bapa yang belum membayar Sumbangan PIBG tahun ini dapat berbuat demikian dengan segera bagi memantapkan lagi prasarana sekolah serta menambah dana PIBG.
   Janganlah kita hanya sekadar menjadi penumpang dengan menggunakan dana yang disumbang oleh ibu bapa lain. Sesungguhnya anak-anak kita telah dan akan menikmati segala program sekolah dan PIBG. Maka demi keberkatan, laksanakanlah tugas dan amanah tersebut dengan sebaik mungkin. Renung-renungkanlah...





No comments:

Post a Comment