Pages

Thursday, August 17, 2017

Mesyuarat Guru Bil. 3 /2017

Mesyuarat Guru merupakan mesyuarat utama di peringkat sekolah di mana pihak pentadbir menyampaikan taklimat dan maklumat unit masing-masing untuk tindakan semua guru. Hari ini Mesyuarat Guru kali ke-3 telah dapat dilaksanakan dengan kehadiran semua guru yang tiada keuzuran / urusan di luar sekolah. Selain Penolong-Penolong Kanan dan Guru Besar, beberapa orang guru turut mengambil kesempatan menyampaikan beberapa maklumat yang juga penting dan perlu diambil tindakan oleh semua guru iaitu;
1. Pn. Siti Rabiaah - PSS
2. Pn. Jamilah - SPBT dan PAJSK
3. Pn. Azmira - Linus
4. Pn. Azwani - UPSR
   Laporan-laporan tersebut telah menyebabkan mesyuarat kali ini tamat agak lewat. Apapun yang penting semua guru telah menerima pendedahan dan pencerahan tentang program sekolah dan dasar-dasar kerajaan. Demikian juga peringatan berkaitan etika, disiplin, peraturan dan nasihat yang diberi diharap dapat dijadikan peringatan dan amalan dalam kita menjalankan tugas.
   Maka menjadi tanggungjawab semua guru untuk mengambil tindakan sewajarnya serta melaksanakan arahan yang diberi dengan sebaik mungkin. Insya Allah berkat kerjasama semua, kerja-kerja kita akan lebih lancar dan cemerlang. Ironinya, anak-anak murid akan mendapat pendidikan yang terbaik dari para guru dan pihak pengurusan sekolah...








No comments:

Post a Comment