Pada 5 Oktober
2017 telah diadakan satu lawatan sambil belajar ke Menara Kuala Lumpur dan
Aquaria KLCC. Lawatan ini dianjurkan oleh gabungan Kelab Reka Cipta dan Inovasi
SKTPP, Persatuan Pandu Puteri Tunas SKTPP dan disertai juga oleh murid Tahun 6
SKTPP 2017.
Peserta yang
mengikuti lawatan ini adalah seramai 79 orang diiringi 8 orang guru
pengiring. Guru pengiring ini terdiri daripada penasihat kelab, persatuan
dan guru yang mengajar tahun 6 di SKTPP.
Tujuan lawatan ini diadakan ialah
untuk memenuhi aktiviti tahunan Kelab Reka Cipta dan Inovasi, Persatuan
Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 SK Taman Putra Perdana yang telah
dirancang di samping untuk menambah ilmu pengetahuan murid tentang persekitaran
yang berhubung kait dengan pembelajaran.
Objektif
program adalah seperti berikut:
i.
Memberi
motivasi kepada ahli Kelab Reka Cipta, Persatuan Pandu Puteri Tunas dan murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
ii.
Memupuk
sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama
rakan-rakan dan guru.
iii.
Mendedahkan murid, ahli kelab / persatuan
mengenai dunia sebenar kehidupan bermasyarakat.
iv.
Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di luar bilik darjah.
Para
peserta lawatan bertolak dari sekolah dengan menaiki 2 buah bas pada jam 7.30
pagi. Sampai
di Menara KL pada jam 9.00 pagi para peserta telah disambut oleh Encik Azha Zawani; Penolong
Pengurus Jualan. Di sini peserta diberi penerangan dan melihat tayangan
video.
Selepas
itu peserta lawatan dibawa untuk melihat pemandangan dari aras 300 meter
di
observation deck, skydeck dan skybox. Di sini peserta dapat mengambil gambar
sebagai kenangan
serta melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sungguh cantik dan mengkagumkan.
Pada
jam 12.30 tengah hari peserta bertolak ke Aquaria KLCC untuk melihat hidupan laut di
habitatnya. Peserta bertolak balik dan sampai di sekolah pada jam 5.00 petang.
Mendengar taklimat dan tayangan video
Gambar kenangan di skydeck
Antara guru pengiring
Kami Benci DARVIH
No comments:
Post a Comment