Tarikh: 20 November 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis:
Guru - Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Murid
- Adik Amirah Qistina binti Azmi
Senarai Guru Bertugas:
1. Puan Noor Hanawati Alinda
2. Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
3. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
4. Puan Norinna binti Mohamed
5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6. Cik Komagal a/p Kunaisekaran
7. Puan Azwani binti Mohamed Noordin
8. Puan Umi Nazrah binti Saharoni
9. Puan Norliza binti Ali@ Yasim
10. Puan Roslina binti Jafar
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor,
Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
Rangkaian lagu ini bawah pimpinan Adik Hanis Syafiqah binti Mohd Rashidi
Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Rusyaidi bin
Bakri
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar
Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Hanis Nabila
binti Hairul
Adik Amirah Qistina, Adik Hanis Syafiqah, Adik M.Rusyaidi dan Adik Hanis Nabila |
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (12 – 17
November 2017)
Laporan disampaikan oleh Cik Roslinda binti
Mansur.
Mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran program-program sepanjang minggu lepas. Kerjasama yang
diberikan oleh murid-murid sangat baik. Antaranya program Hari Anugerah Cemerlang
Kokurikulum, Hari Jalinan Mesra serta Majlis Graduasi ke-9 dan Jamuan Perpisahan Tahun 6. Diharapkan program yang dianjurkan tersebut dapat memberi galakan positif kepada murid agar meningkatkan potensi diri serta dapat menjadi insan yang seimbang.
Laporan disampaikan oleh Cik Roslinda binti
Mansur.
3. Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norliza Ali
Tema: Cuti-cuti Malaysia
Pelajar diingatkan bahawa mereka berada pada
minggu akhir persekolahan tahun 2017. Rancang cuti persekolahn akhir tahun
dengan perkara-perkara yang berfaedah dengan mengambil berat soal keselamatan
diri.
Cuti boleh dimanfaat dengan aktiviti menolong
ibu bapa di rumah.
4. Penyampaian Cenderamata Kem Sains Sempena
Karnival Sains Peringkat Daerah Sepang
Pengacara Majlis : Pn. Norasmawati Bt Omar.
Seramai 12 orang murid telah terlibat dalam
kem ini dan mempamerkan keperibadian dan kerjasama yang baik sepanjang kem ni
berlangsung di SK Cyberjaya yang dikendalikan dengan kerjasama mahasiswa dari
UPM kursus Sains Perubatan dan Farmasi.
Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali telah menyampaikan
cenderamata kepada murid-murid tersebut. Murid-murid tersebut juga telah membawa
pulang hadiah tempat kedua (kutipan markah tertinggi) daripada 12 sekolah terlibat.
6. Penyampaian Sijil sempena Majlis Anugerah
Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor.
Pengacara Majlis : Pn. Grace a/p Danaraj
Penyampaian sijil dan plak kepada Pn. Grace
a/p Denaraj dan beberapa orang ahli Pasukan Tunas Puteri atas kejayaan mendapat Naib Johan dalam kategori Pengurusan
Unit Sekolah Rendah. Majlis ini disempurnakan oleh guru besar, Pn. Hajah
Rohaidah Bt Mohd Ali. Seterusnya, majlis mempersilakan guru-guru penasihat Tunas Puteri
untuk sesi bergambar.
Penyampaian sijil kepada peserta dan sesi bergambar pentadbir sekolah dan guru-guru penasihat Tunas Puteri. |
7. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn.
Rosmah Binti Jamat
Murid-murid tahun 6 diingatkan untuk memohon
kemasukan tingkatan satu. Kegagalan untuk memohon akan mendatangkan masalah
besar iaitu keciciran nama di sekolah menengah pada tahun depan. Murid-murid
perlu memohon kemasukan tingkatan satu dengan segera.
Kelas perlu dipastikan dalam keadaan tersusun
dan bersih sebelum ditinggalkan sempena cuti persekolahan akhir tahun. Susun
meja dan kerusi dengan baik dan pastikan juga lampu dan kipas ditutup sebelum
keluar dari kelas masing-masing
Murid-murid tahun 4 dan 5 juga diingat kan supaya
bersedia untuk naik ke tahun 5 dan 6 pada tahun hadapan. Murid-murid tahun 6
perlu memanfaat masa cuti ini dengan mengenalpasti tajuk-tajuk penting yang akan dipelajari pada tahun hadapan.
8. Ucapan Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah Bt
Mohd. Ali
Beliau mengucapkan ribuan tahniah kepada
murid-murid yang hadir pada minggu ini iaitu minggu akhir persekolahan tahun
2017. Kehadiran tahun 6 pada hari ini sangat memuaskan. Semoga disiplin ini diteruskan sampai bila-bila. Murid-murid diingatkan agar memanfaatkan cuti persekolahan nanti dengan mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Terima kasih atas sumbangan murid-murid terhadap segala program, pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah maupun pihak luar.
Pn. Hajah Rohaidah Bt Ali sedang memberi ucapan kepada murid-murid pada perhimpunan terakhir 2017. |
No comments:
Post a Comment