Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : 20 Januari 2018 / Sabtu.
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari.
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Tema: Muafakat Membawa Berkat.
Syukur, majlis berjalan lancar serta mendapat kerjasama ibu bapa dengan kehadiran 178 orang ibu bapa murid tahun 6 sesi 2018.
Majlis ini telah diacarakan oleh Pn. Norli Bt Hassan serta memohon keberkatan majlis dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman B. Abdullah. Turut hadir Tn. Hj. Khairul Azhar B. Mohammad Sufian (Yang Dipertua PIBG SKTPP) yang telah menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada ibu bapa yang hadir. Majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) dan diikuti pembentangan dan sesi perbincangan permuafakatan :
- PPSR oleh Pn. Azizah Mokhlas (PK Pentadbiran)
- PAJSK oleh Pn. Astina Bt Mahad Nor (Setiausaha Kokurikulum)
- PPSi oleh Pn. Juli Bt Mahbah (Guru Kaunseling)
- Program Tahun 6 oleh Pn. Roseniza Bt. Setapa
- Penetapan Target UPSR 2018 oleh Pn. Zailezah Bt. Sardi (Penyelaras Tahun 6)
- Penetapan Bayaran Peningkatan Tahun 6 oleh Pn. Zailezah
- Sesi Soal Jawab
|
Pn. Azizah Mokhlas menyampaikan taklimat PPSR. |
|
Kata- kata semangat dari Pn. Rohaidah Mohd. Ali. |
|
Ustaz Zurilazman membacakan doa sebelum majlis bermula. |
|
Pendaftaran ibu bapa murid tahun 6. |
|
Sesi pendaftaran. |
|
Syukur, kehadiran ibu bapa murid tahun 6 amat memberangsangkan. |
|
Pn. Astina menyampaikan taklimat PAJSK. |
|
Ceria.. guru- guru tahun 6 SKTPP penuh iltizam. |
|
Pn. Norli dan Pn. Roseniza mengacarakan majlis. |
|
AJK pendaftaran memang ceria. |
|
Tn. Hj. Khairul Azhar sentiasa bermotivasi tinggi. |
Alhamdulillah, selaut syukur atas kerjasama guru dan ibu bapa dalam Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 amat memberangsangkan. Benarlah jelas kelihatan kesungguhan ibu bapa sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak- anak. Semoga muafakat ini melonjakkan lagi prestasi murid tahun 6 khasnya dan semua murid SKTPP amnya.
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Muafakat Membawa Berkat.
Insha Allah.
Disediakan oleh:
Puan Norziani Zubir.
No comments:
Post a Comment