Pages

Tuesday, January 2, 2018

Program Transisi Tahun 1 2018

Tarikh : 2 - 19 Januari 2018
Hari     : Isnin - Jumaat (selama 3 minggu)

Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal samada di rumah atau di prasekolah kepada pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.

Objektif Program Transisi :
  • Memperkembangkan sosio-emosi, menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
  • Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh sukatan Tahun 1.
  • Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
  • Menangani perbezaan murid yang masuk ke Tahun 1 dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta latar belakang dan pengalaman.
  • Menyepadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di Tahun 1.
  • Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.
  • Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.

Penerangan secara ringkas berkaitan program ini disampaikan oleh Guru Penyelaras Tahun 1, iaitu Ustazah Tuan Nor'Ain bt Tuan Azhar.

Antara maklumat penting Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 ialah:
  1. Tempoh Pelaksanaan Program : 3 minggu (02 Januari 2018 hingga 19 Januari 2018)
  2. Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan oleh pihak sekolah dengan bayaran RM12.
  3. Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
  4. Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 22 Januari 2018.
  5. Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari persekolahan.
  6. Pada hari yang ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan terus dari rumah. Tidak perlu bawa pakaian seragam sekolah.
  7. Jadual waktu persekolahan sepanjang tempoh Program Transisi Tahun 1:
    >   Isnin hingga Khamis           : 1.20 tengah hari – 6.40 petang

    >   Jumaat                                :  2.20 petang  – 6.10 petang

        * Selaras semua murid Tahun 1 termasuk murid bukan Islam (Moral).
  8. Memperkenalkan barisan Guru Kelas Tahun 1:
    • Vivo                      - Cik Amalina bt Abd Hamid
    • Sony                     - Pn. Nor Azian bt Ahmad
    • Samsung (Moral)  - Pn. Zauyiah bt Ismail
    • Oppo                     - Cik Nur Affiqah bt Ahmad Subian
    • Nokia                    - Pn Roslelawati bt Ibrahim
    • Neffos                   - Pn. Ummu Athiah bt Hashim
    • Lenovo                  - Pn. Nora bt Sabihi
    • Iphone                   - Pn. Nor Rafini bt Othman
    • Huawei (Moral)      - Pn. Nor Latipah bt Che Yusof
    • Asus                      - Pn Azizah binti Abdul Hamid

Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Antara kenangan yang berjaya dirakam oleh lensa kamera sepanjang Program Transisi Tahun 1 berlangsung:

Bacaan doa oleh Ustaz Saiffol bin Ngabiah.

Guru Penyelaras Tahun 1, iaitu Ustazah Tuan Nor'Ain bt Tuan Azhar.

Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali.

Penolong Kanan Petang, Pn Jumilah bt Ahmad.

Guru Disiplin Sesi Petang, En Ahmad Junaidi b Abdullah.

Barisan guru kelas Tahun 1 2018
Dari kiri; Cik Amalina, Pn Nor Azian, Pn Zauyiah, Cik Nur Affiqah, Pn Ummu Athiah, Pn Nora, Pn Nor Rafini, Pn Nor Latipah dan Pn Azizah.
(Tiada di dalam gambar ialah Pn Roslelawati.)

Murid Tahun 1 2018 menyanyikan Lagu Negaraku.

Suasana hari pertama persekolahan. 

Murid - murid Tahun 1 2018; Kohort Teknologi - nama jenama telefon pintar masa kini.

Muka - muka gementar dan seronok.

Maskot Olaf dan Mickey Mouse yang dibawa khas oleh pihak sekolah bagi menarik minat murid-murid Tahun 1 2018.

Hi Semua!!!

Mickey dan Olaf melakukan aksi untuk menggembirakan murid-murid tahun 1.

Modul 1 Transisi

Modul 2 Transisi

Modul 3 Transisi

No comments:

Post a Comment