Pages

Monday, January 29, 2018

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 & Pameran Buku-Buku Baharu (Sesi Petang)

Majlis Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 dan Pameran Buku-Buku Baharu juga diadakan di sebelah petang. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana dalam waktu perhimpunan rasmi mingguan.

Matlamat Program:
Memupuk minat membaca dan cintakan buku dalam kalangan warga SKTPP.

Objektif Program:

1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
2. Memberi pendedahan mengenai adanya Program 5 Minit Membaca.
3. Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
4. Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
5. Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Ilmu sebagai pusat informasi.


Majlis ini dikendalikan oleh Puan Nur Malisha bt Omar selaku Pengacara Majlis. 


Puan Nur Malisha mengacarakan majlis

 Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah.


Ustaz Saiffol membacakan doa


Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar;  Puan Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali. Dalam ucapan, beliau menyatakan objektif program ini diadakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, beliau juga menyeru murid-murid supaya menanam sikap suka membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan.



Pn Hjh Rohaidah memberikan ucapan


Akhir sekali, Puan Hjh Rohaidah selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah merasmikan Program 5 Minit Membaca dan diiringi oleh Puan Jumilah binti Ahmad selaku PK Petang.






Barisan pentadbir dan guru yang menjayakan program.

Disediakan oleh;

Nurazlin bt Mat Nor

No comments:

Post a Comment