Pada 30 Mac 2018 bersamaan 13 Rejab 1439
Hijrah, hari Jumaat malam Sabtu, Majlis Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Fasa 1
telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP sempena UPSR tahun 2018. Majlis ini disertai
lebih kurang 210 orang
peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6, guru-guru serta ibubapa. Majlis
ini berjalan dengan jayanya yang telah bermula seawal jam 7.00 malam dan
berakhir pada jam 10.30 malam. Sebelum majlis bermula, sesi pendaftaran dijalankan
bagi ibu bapa, murid-murid tahun 6 serta guru-guru yang turut hadir ke majlis
ini.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, solat Isyak dan solat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibu bapa dan calon UPSR 2018. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pencetus Ummah Sufian.
U - Usaha
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, solat Isyak dan solat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibu bapa dan calon UPSR 2018. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pencetus Ummah Sufian.
Sebelum ceramah
motivasi dijalankan, pengerusi majlis iaitu Ustaz Mustafid bin Mat Sharif telah
menjemput Yang Berusaha Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali untuk
memberi sedikit ucapan. Puan Guru Besar telah menyatakan bahawa murid SKTPP
merupakan murid yang paling ramai berbanding sekolah-sekolah di seluruh Sepang. Pihak sekolah fan PIBG mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru dalam mempertingkatkan prestasi anak-anak terutama bagi murid-murid
tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Selain itu, murid-murid juga
perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
Guru Besar juga mengambil kesempatan memaklumkan bahawa baru-baru ini SKTPP
telah menerima 13 anugerah lecemerlangan dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Sepang termasuk kurikulum, HEM dan kokurikulum. Malah, sekolah juga telah menerima
anugerah PIBG Terbaik dan Cemerlang Daerah Sepang. Tahniah buat AJK PIBG dan awnua ibu bapa serta penjaga murid-murid sekolah ini. Kejayaan ini adalah hasil
kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah.
Ibu bapa diharapkan dapat terus membantu murid-murid untuk menceburi atau memasuki pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan pihak-pihak lain agar murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah aktif dan berjaya dalam kokurikulum. Hal ini penting kerana setiap murid seharusnya cemerlang dalam PAJSK, kokurikulum dan kurikulum. Hasilnya anak-anak akan mendapat manfaat dan kebaikan daripada kejayaan yang dicapai dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.
Ibu bapa diharapkan dapat terus membantu murid-murid untuk menceburi atau memasuki pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan pihak-pihak lain agar murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah aktif dan berjaya dalam kokurikulum. Hal ini penting kerana setiap murid seharusnya cemerlang dalam PAJSK, kokurikulum dan kurikulum. Hasilnya anak-anak akan mendapat manfaat dan kebaikan daripada kejayaan yang dicapai dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.
Akhir kata
daripada Puan Guru Besar, semoga PU Sufian penceramah motivasi kita dapat berkongsi serba sedikit pengalaman dan idea dengan anak-anak pada malam ini bagaimana
untuk mencapai kejayaan dalam UPSR serta memberi kesedaran kepada murid-murid strategi untuk mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat. Harapan agar semua ibu bapa dapat bersama-sama membantu merealisasikan kecemerlangan UPSR pada tahun ini. Terima kaaih buat PIBG atas kesudian menampung kos majlis pada malam ini.
Sedikit latar
belakang penceramah:
- Mohd Sufian
Bin Mohd Isa
- Lebih dikenali
sebagai PU Sufian
- Berasal dari Kajang,
Selangor
- Berumur 33
tahun
- Sudah
berkahwin, 3 orang cahaya mata
Aktif sebagai penceramah motivasi dan parenting sekolah-sekolah serta pelbagai program berbentuk seminar, kursus dan kem motivasi.
Aktif sebagai penceramah motivasi dan parenting sekolah-sekolah serta pelbagai program berbentuk seminar, kursus dan kem motivasi.
Tajuk motivasi
pada malam ini adalah Anak harapan ibu bapa. PU Sufian telah memulakan sesi
ceramah dengan memberi salam kepada para peserta dengan pelbagai nada. Para
peserta juga menjawab salam yang diberi dengan nada yang berbeza. Pertama sekali penceramah meminta murid-murid
bersama-sama menyebut “Hari ini kami bersama hashtag PU Sufian dalam
rancangan Anak harapan ibu dan bapa. Kemudian, penceramah meminta murid-murid
menyatakan kepada rakan sebelah, "Awak, yang sebenarnya saya tidaklah sayang
sangat dekat awak, tapi awak saya pasti Allah sayang awak, Nabi sayang awak,
cikgu sayang awak dan ibu bapa sayang awak. Jadi, datang sekolah belajar
jangan bercinta”. Ia sisambut dengan hilai tawa yang ceria daripada murid-murid yang hadir.
PU Sufian telah menceritakan rahsia kejayaan seorang pelajar perempuan iaitu Nik Nur Madihah
yang mendapat 20 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Rahsia pelajar ini mendapat
keputusan cemerlang dalam SPM adalah sebelum mengulangkaji pelajaran, pelajar
ini akan membaca al-quran terlebih dahulu. Seterusnya, penceramah mengaitkan
cerita tersebut dengan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh murid-murid serta
perhatian ibu bapa.
Pertama sekali, ibu bapa perlu didik anak solat tepat waktu. Anak-anak perlu menjaga hubungan dengan Allah. Penceramah menasihatkan anak-anak murid bahawa bukan lagu yang dibawa waktu meninggal dan bekalan ibu bapa kita nanti tetapi al-quran adalah bekalan yang akan dibawa apabila meninggal dunia nanti. “Dalam hidup, kita perlu betulkan solat. Bila solat betul maka hidup kamu akan betulkan hidup kamu”. Pada masa yang sama, emak ayah semestinya jaga solat dan buat solat sunat tahajjud pada waktu malam. Tunjuk contoh kepada anak-anak supaya mereka mudah untuk turut sama melakukannya.
Pertama sekali, ibu bapa perlu didik anak solat tepat waktu. Anak-anak perlu menjaga hubungan dengan Allah. Penceramah menasihatkan anak-anak murid bahawa bukan lagu yang dibawa waktu meninggal dan bekalan ibu bapa kita nanti tetapi al-quran adalah bekalan yang akan dibawa apabila meninggal dunia nanti. “Dalam hidup, kita perlu betulkan solat. Bila solat betul maka hidup kamu akan betulkan hidup kamu”. Pada masa yang sama, emak ayah semestinya jaga solat dan buat solat sunat tahajjud pada waktu malam. Tunjuk contoh kepada anak-anak supaya mereka mudah untuk turut sama melakukannya.
Kemudian,
penceramah memanggil dua orang murid ke hadapan. Penceramah menanyakan kepada
mereka bahawa untuk berjaya perlukah duit. Murid pertama berpendapat untuk
berjaya kita tidak perlu ada duit. Manakala, murid yang kedua berpendapat untuk
berjaya kita perlu ada duit. Penceramah bertanya kepada murid pertama mengapa
tidak setuju nak berjaya perlukan duit. Murid tersebut menyatakan pendapatnya
“Nak berjaya perlu usaha dan duit bukan segala-galanya”. Penceramah menerangkan duit yang dimaksudkan
bukanlah wang namun ‘DUIT’ iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. DUIT inilah
langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak untuk mencapai kejayaan
di dunia dan akhirat. Huraian ‘DUIT’
adalah seperti berikut:
D - Doa
Doa yang
baik-baik, cakap yang baik-baik, buat baik-baik, sangka baik-baik, nanti yang
datang semua baik-baik.
Ibu bapa
jangan panggil anak-anak dengan panggilan yang tidak baik kerana ia akan
menjadi satu doa. Nabi bila panggil isterinya dengan panggilan yang baik.
Contoh Nabi Muhammad memanggil Saidatina Aisyah dengan panggilan Humaira yang
bermaksud putih-putih kemerahan.
Murid-murid kena ada
tindakan seperti membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran. Ibu bapa perlu melihat setiap kerja yang
dilakukan oleh anak-anak serta jangan membanding-bandingkan anak-anak kerana
setiap anak mempunyai tahap serta kelebihan yang berbeza. Ibu bapa
haruslah sentiasa memberi sokongan dan memberi pujian kepada anak-anak supaya
mereka rasa disayangi dan dihargai.
Betulkan yang
biasa, biasakan yang betul. Murid-murid perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa,
kawan-kawan serta guru-guru dan semua orang di sekeliling. Ibu bapa perlu menanamkan rasa emphaty iaitu
satu kebolehan meletakkan emosi kita pada emosi orang lain. Ibu bapa perlu
memahami emosi anak-anak supaya mereka tidak menghadapi tekanan yang mana dapat
mengganggu emosi mereka untuk belajar dengan baik.
I - Ikhtiar
Setiap sesuatu
yang dilakukan mestilah diakhiri dengan ikhtiar dan tawakal. Kita hanya mampu
merancang dan berusaha, yang Maha menentukan segalanya adalah Allah SWT.
T - Tawakal
Tawakal
menunjukkan seseorang hamba itu sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan yakin
dengan ketentuan Allah SWT. Seseorang yang berserah dan bergantung kepada Allah
SWT setelah berusaha pasti akan mencapai kejayaan dan tidak sesekali berputus
asa apabila tidak mencapai kejayaan yang diimpikan.
Akhir sekali
penceramah melaksanakan slot muhasabah diri. Slot ini memberi kesedaran kepada
murid-murid betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa sejak dilahirkan
sehinggalah sekarang. Tidak terbalas segala pengorbanan yang telah dilaksanakan
oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anaknya membesar dalam keadaan yang baik
serta menjadi seorang yang berjaya. Melalui slot ini, hampir semua murid tahun
6 merasa sebak dan menangis serta memeluk
erat ibu dan ayah selepas slot muhasabah
diri ini berakhir. Penceramah berharap kesedaran dan keinsafan yang lahir dalam
diri anak-anak pada malam ini dapat menaikkan kembali semangat anak-anak untuk
lebih berusaha mencapai kecemerlangan dalam UPSR serta kejayaan-kejayaan lain di dunia
dan akhirat.
Penceramah
juga menasihatkan kepada ibu bapa agar bersama-sama dalam membantu anak-anak
kita dalam mencapai apa yang dihasratkan. Bukan dengan hanya menghadiri program
motivasi pada malam ini anak-anak kita akan terus berubah dengan sekelip mata tetapi mereka
memerlukan masa malah kerjasama daripada semua pihak untuk turut sama-sama
membantu murid-murid menjadi insan yang lebih baik serta berjaya bukan sahaja
dalam UPSR malah berjaya di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, PU Sufian mengakhiri ceramah motivasi ini dengan sebuah lagu yang diadaptasi dari seorang penyanyi kecil Indonesia yang dikenali sebagai Tegar bertujuan memberi nasihat kepada anak-anak.
Akhir sekali, PU Sufian mengakhiri ceramah motivasi ini dengan sebuah lagu yang diadaptasi dari seorang penyanyi kecil Indonesia yang dikenali sebagai Tegar bertujuan memberi nasihat kepada anak-anak.
Berikut
merupakan gambar-gambar sepanjang majlis bacaan yasin, solat hajat dan Ceramah Motivasi Fasa 1:
Banner Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Fasa 1- 2018 |
Pendaftaran ibu bapa dan murid-murid tahun 6 |
Mengedarkan makanan dan minuman kepada ibu bapa dan peserta |
Solat maghrib berjemaah |
Bacaan Yasin bahgian muslimin |
Bacaan Yasin bahagian muslimat |
Solat isyak berjemaah |
Ketibaan penceramah PU Sufian |
Ucapan Puan Guru Besar |
Slot ceramah motivasi |
Slot muhasabah diri : Murid-murid memeluk ibu bapa dan meminta maaf kepada ibu bapa |
Mempersembahkan lagu berunsur nasihat adaptasi dari lagu nyanyian penyanyi Indonesia; Tegar |
Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Naib YDP PIBG; En. Ibrahim bin Rahman |
Syukran jazilan diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan
mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga anak-anak ini
beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Disediakan oleh,
Mawaddah binti Kamarulzaman
No comments:
Post a Comment