Tarikh : 14 April 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat (Terminal Muafakat)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Pada tanggal 14 April 2018, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari,
Panitia Bahasa Inggeris SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Teknik Menjawab UPSR bagi Bahasa Inggeris Kertas 2 (Penulisan). Objektif utama
teknik menjawab ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan memberi
pendedahan teknik sebenar menjawab soalan UPSR bagi subjek ini.
Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2018 yang akan
menduduki peperiksaan pada September ini. Murid-murid dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang terdiri daripada murid-murid kelas Surgeri,
Respiratori, Radiologi dan Pediatrik manakala Kumpulan 2 terdiri daripada
murid-murid kelas Patologi, Ortopedik, Obstetrik, Kardiologi, Hematologi dan
Anestesiologi.
Penceramah luar, Puan Felicia Gatun telah dijemput untuk
menjayakan program ini. Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun dan merupakan penanda
kertas 2 Bahasa Inggeris.
Semoga program teknik menjawab yang telah
dilaksanakan pada hari ini dapat mencapai objektifnya serta berjaya memberi
manfaat kepada semua calon UPSR dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian UPSR 2018.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :
|
Teknik menjawab disampaikan oleh Puan Felicia Gatun |
|
Suasana di bilik mesyuarat |
|
Kumpulan 1 |
|
Kumpulan 2 |
|
Murid mencatat maklumat penting |
|
Murid memberi sepenuh perhatian |
|
Ketua Panitia BI menyerahkan cenderamata kepada Puan Felicia |
No comments:
Post a Comment