Pages

Tuesday, June 26, 2018

Majlis Lambaian Kasih Kuntuman Budi (Sesi Petang)

   Pada tanggal 26 Jun 2018, bersamaan hari Selasa, satu majlis perpisahan diadakan untuk meraikan dua orang guru sesi petang yang dapat berpindah ke Negeri Sembilan. Mereka ialah Puan Saadiah Binti Busrah dan Puan Tuan Nor'ain Binti Tuan Azhar. Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Penolong Kanan Petang; Puan Jumilah Binti Ahmad, para guru dan murid-murid tahap 2.



   Majlis dipengerusikan oleh Puan Azizah Binti Abd Hamid dan bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Hariz Bin Safwan. 

Puan Azizah selaku Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Hariz untuk memberkati majlis

   Puan Guru Besar mengucapkan perhargaan buat Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain di atas perkhidmatan mereka di sekolah ini dan mengharapkan mereka agar terus bekerja dengan cemerlang di sekolah yang baharu nanti. Semoga anak didik mereka di sekolah ini tidak lupa akan nasihat dan tunjuk ajar guru-guru mereka selama ini.

Ucapan salam perpisahan daripada Puan Guru Besar

   Majlis diteruskan dengan tontonan video sebagai kenang-kenangan sepanjang Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain berkhidmat di Sekolah Taman Putra Perdana. Perasaan gembira, hiba dan sedih dapat dirasai terutama buat mereka yang akan berpindah ke sekolah lain serta para guru yang akan kehilangan rakan sejawat mereka.


   Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain untuk memberi sedikit ucapan buat para guru dan murid-murid sekalian.



   Seterusnya, majlis menjemput Puan Guru Besar diiringi oleh Puan Jumilah dan Puan Arzah untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain.


 Selepas penyampaian cenderahati, semua guru dijemput untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

Bergambar bersama pihak pentadbir sekolah

Bergambar bersama Panitia Agama Islam

Bergambar bersama Panitia Bahasa Arab

Bergambar bersama Panitia Bahasa Melayu

Bergambar bersama para guru sesi petang

Sebelum majlis bersurai, sesi bersalaman antara para guru dan murid-murid dilakukan. Segala silap dan salah selama berkenalan dan bekerjasama di sekolah ini harap dimaafkan.



"Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi, 
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi."

Majlis bersurai pada jam 3.20 petang.

Disediakan Oleh,
Nashirah Taib

No comments:

Post a Comment