Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman baru dengan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, program ini juga dapat membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
Berikut paparan kenangan manis bersama 39 orang warga tua di Bait Al-Mawaddah :
Murid bersarapan di kantin sekolah
|
Kunjungan kami disambut gembira oleh warga Bait Al-Mawaddah |
Ucapan daripada Pn Norkhayati bt Rabani (Ketua, Bait Al-Mawaddah) |
Ucapan daripada Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM SKTPP) |
Perlawanan sengit..otai masih berbisa Sambil-sambil beramah mesra Itu Pak Lang.....happy go lucky orangnya |
Pak Majid berasal dari Songkhla sangat tinggi ilmunya...bercerita tentang dasar negara |
Tersentuh hati melihat sentuhan nenda ini Mesra anak-anak SKTPP bersama nenda Rahmah |
Cucunda sedang melayani atuk dan nenek mereka |
Penyampaian sijil jalinan dan sumbangan daripada warga SKTPP telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat |
Sempat ambil kesempatan mengelilingi sekitar Bait Al-Mawaddah...anak-anak sekarang perlu didedahkan dengan pelbagai jenis pokok |
Nenek Rosnah berada di pintu biliknya....sangat selesa, sebilik 2 orang penghuni. Macam motel.... |
Wow.....hebat sungguh infrastruktur yang ada. Antaranya Bilik Terapi, Bilik Kuliah dan Bilik Cara Kerja |
En Mohd Izzat sebagai pengacara ...juga sebagai ketua lawatan. Jelas penerangan yang diberikan |
Ucapan kenangan daripada wakil SKTPP, adik Ziyyad dan Puan Zainah bt Jadan wakil dari Bait Al-Mawaddah |
Agihan secebis kenangan untuk penghuni Bait Al-Mawaddah |
Bergambar kenangan bersama sebahagian warga Bait Al-Mawaddah |
No comments:
Post a Comment