Pages

Monday, July 30, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh                    : 30 Julai 2018
Hari                        : Isnin
Masa                      : 7.30 Pagi
Tempat                   : Dewan Perdana
Pengacara Majlis  : Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh dan Puan Nik Kamisah

Senarai nama guru bertugas kumpulan D:

1. Puan Noor Hayati binti Yusof
2. Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
3. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
4. Puan Siti Rabiaah  binti Mohammad
5. Puan Julaili binti Onian
6. Puan Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
7. Puan Mazzaini binti Muda
8. Puan Nurul Huda binti Hasbullah
9. Encik Musrizuan bin Daud

     

        Barisan guru yang bertugas minggu ke-28

Agenda Perhimpunan :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan doa 
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nik Kamisah.
  • Bacaan ikrar murid oleh adik Nurin Adlina binti Hassan.
                                   
Bacaan ikrar oleh Puan Nik Kamisah.

  Bacaan ikrar murid oleh adik Adlina

  2. Ucapan Guru Bertugas Minggu lepas (23.7.2018 - 27.7.2018)

      Laporan disampaikan oleh Puan Nurul Afiqah binti Mohd Hashim

i.   Aspek Kebersihan
Semua murid perlu menjaga kebersihan sama ada di kelas atau di kawasan sekolah. Pastikan juga kelas dibersihkan dahulu sebelum PdP bermula, supaya selesa untuk belajar.

ii.  Budaya Memberi Salam.
Budaya ini perlu diamalkan oleh murid apabila berselisih dengan guru sebagai tanda hormat.
         
iii. Waktu Datang ke Sekolah.
Mengingatkan murid-murid agar hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi setiap hari. Ini kerana loceng akan dibunyikan jam 7.20 pagi

 3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Kelas

Kelas Terbersih Tahun 4 :
Tempat 1 : Titanium
                2 : Elektrum
                3 : Uranium

Kelas Terbersih Tahun 5 :
Tempat 1 : Nafiri
                2 : Canang
                3 : Kompang

Kelas Terbersih Tahun 6 :
Tempat 1 : Radiologi
                2 : Respiratori
                3 : Surgeri
        
Penyampaian hadiah kelas terbersih


   3.1 .Ucapan Guru Bertugas Minggu ini (Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz)

Tema : Kenali Jalur Gemilang
          
      a. Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri.
   
      b. Bahagian yang berwarna biru tua bermaksud perpaduan. Manakala anak bulan tanda agama Islam agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan. Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Perkataan LAWAD 

          a.  B.Melayu        : Calang-calang  =  bukan sembarangan
          b.  B. Inggeris      : Delicacy            =  hidangan
          c.  B.Arab            : Kitton                =  kucing 

 4. Penyampaian sijil utk Program  Cha-Ching (Puan Murni binti Abdullah)




Murid-murid tahun 5 Seruling dan 5 Rebana yang terlibat dengan program Cha-Ching.

5. Ucapan Penolong Kanan PPKI (Puan Nor Hamizah binti Hamzah)

Puan Nor Hamizah binti Hamzah menyampaikan ucapan


a) Mengingatkan murid-murid Tahun 6 supaya datang awal ke sekolah. Pastikan hari Selasa dan Khamis datang pukul 7.00 pagi untuk mengikuti program Sehari Selembar Benang.

b) Kehadiran kelas tambahan kurang memuaskan. Diharap murid-murid dapat hadir kerana guru-guru yang mengajar adalah guru pakar dan sangat komited. Jadi rugilah sekiranya murid-murid   tidak mengambil kesempatan untuk belajar dan membuat persediaan bagi menghadapi UPSR.

c) Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan untuk murid-murid Tahun 6.

  • 6 - 8 Ogos 2018 : Percubaan UPSR
  • 9 Julai hingga 7 September 2018 : Pro Khas 1 untuk murid-murid PPKI seramai 9 orang.                  
       Oleh yang demikian, diharap dapat menjawab dengan baik dan sempurna.

d) Jualan aiskrim diadakan sebagai latihan kepada murid PPKI untuk subjek Matematik bagi melatih murid cara-cara  menggunakan wang @ duit dan menjadi usahawan apabila dewasa nanti. Antara sayur-sayuran yang ditanam sebagai tugasan PASR ialah cili, bendi, terung dan tomato.

No comments:

Post a Comment