Pada hari Rabu, 12 September 2018 telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis Kepada Calon UPSR 2018 ketika sesi perhimpunan pagi.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Rushdan bin Mohamad (Ahli Majlis dan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Putra Perdana). Turut hadir ialah Tuan Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Putra perdana).
Perjalanan majlis adalah seperti di bawah:
|
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Roslinda sebagai Pengerusi Majlis. |
|
Sebagai memberkati majlis, Ustaz Mahadir memimpin bacaan doa. |
|
Pn. Rohaidah Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) menyampaikan ucapan alu-aluan. |
|
Tn. Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG SKTPP) juga tampil menitipkan ucapan sepatah dua kata. |
|
Tn. Rushdan bin Mohamed (Ahli Majlis dan Pengerusi JPP Zon Putra Perdana) menyampaikan ucapan dan kata-kata motivasi seterusnya menyampaikan sumbangan alat tulis kepada wakil kelas-kelas Tahun 6. |
|
Tn. Rushdan bin Mohamed menyampaikan sumbangan alat tulis kepada wakil murid kelas Tahun 6. |
|
Tn. Rushdan bin Mohamed menyampaikan sumbangan alat tulis kepada wakil murid kelas Tahun 6 PPKI. |
|
Gambar kenangan... semua wakil kelas Tahun 6 bergambar bersama alat tulis yang telah disampaikan. |
|
Tn. Rushdan bermesra dan memberi kata perangsang kepada murid-murid Tahun 6. |
|
Salam maju jaya murid Tahun 6. |
|
"Jaga diri dan kesihatan kamu..."- kata Tn. Rushdan menyantuni murid-murid Tahun 6. |
|
Tn. Rushdan bersama barisan pentadbir SKTPP menikmati jamuan ringan di kantin SKTPP.
Jika datang membawa khabar
Jabat salam kita hulurkan
Jika datang membawa rezeki
Rasa syukur kita ucapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Rushdan atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian alat tulis kepada wakil kelas tahun 6. Semoga murid-murid Tahun 6 tahun ini lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menghadapi UPSR dan PASR seterusnya melonjakkan nama SK Taman Putra Perdana ke puncak yang gemilang. Insha Allah.
|
No comments:
Post a Comment