Hari : Jumaat
Tarikh : 16 November 2018
Masa: 8.00 - 11.30 pagi
Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa
dan penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Mereka
juga diberi kesempatan bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata
pelajaran untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan
tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Sesi
pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi diadakan di kelas anak
masing-masing.
Objektif Hari Jalinan Mesra ini diadakan adalah untuk:
- memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing .
- memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran yang
diuji. Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan
sokongan kepada anak-anak serta pihak sekolah.
Memori yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu
bapa dan guru:
No comments:
Post a Comment