Pages

Thursday, January 31, 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa Sekolah Kebangsaan Subang

Pada 31 Januari 2019 bersamaan hari Khamis, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali kedua tahun 2019. Lawatan kali ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Subang yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk Guru Besar SK Subang; En. Fadzli b. Kamarudin. Para pelawat sampai pada pukul 10.00 pagi. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat Terminal Muafakat  dan dijamu sedikit makanan yang telah disediakan.

Selesai makan, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhammad Taib. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali berkaitan dengan latar belakang Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Seterusnya, ucapan daripada Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian berkaitan dengan peranan PIBG sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah; terutamanya bagi aktiviti sekolah yang terlibat dengan pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Pihak PIBG banyak membantu dari segi kewangan dan sumbangan barang-barang yang diperlukan oleh pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta komuniti setempat amat penting bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana sudi menerima lawatan dari SK Subang untuk melihat  Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan berkongsi ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). 

Selepas itu, tayangan multimedia berkaitan dengan proses dan pelaksanaan bilik sumber dan aktiviti PPDa SKTPP dipersembahkan. Selesai tayangan multimedia, guru besar SKTPP dan SK Subang saling menandatangani sijil jaringan lawatan penanda arasan PPDa serta bertukar sijil dan cenderahati dari sekolah masing-masing.

Agenda yang seterusnya ialah melawat ke Ujana Ilmu SKTPP bertujuan untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Selepas lawatan ke Ujana Ilmu SKTPP, sesi bergambar di Dermaga Minda bersama-sama guru-guru SK Subang dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar beralih pula kepada agenda utama iaitu melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terakhir sekali, guru dari SK Subang dibawa ke bilik Kaunseling untuk melihat fail-fail berkaitan dengan bilik sumber PPDa SKTPP.  

Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi maklumat dan idea-idea baru kepada guru SK Subang untuk menyediakan Bilik Sumber PPDa yang menarik dan lebih cemerlang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru SK Subang dengan guru-guru SKTPP.

Gambar-gambar sekitar lawatan dijalankan:







































Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman

Program Ziarah Cakna Siri 1

Susulan hasrat Y.B Menteri Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.

Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid.

Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.

Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK HEM, Guru Kaunseling dan guru kelas  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Apartmen Anggerik. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid. 

Terima kasih juga kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) turut sama meluangkan masa dalam lawatan kali ini.

Tiba di perkarangan Apartmen Anggerik

Bergambar bersama-sama ahli keluarga murid

Sesi beramah mesra dan bertanya khabar

Puan W.Rosmawati bt W.Ibrahim (Guru Kelas) turut bersama-sama dalam dalam lawatan ini

Sebelum balik, penyampaian sedikit buah tangan untuk keluarga ini. Kami juga dibekalkan dengan sambal bilis yang sangat awesome dari keluarga ini. Semoga murah rezeki mereka.

Disediakan oleh 
Arzah Hussin

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 2019 (Sesi Petang)

Pada 29 Januari 2019 telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 1, 2 dan 3.

Majlis dimulakan pada pukul 1.40 petang dengan ucapan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Objektif majlis ini adalah untuk :
1. Melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan dan keterampilan yang tinggi.
2. Meningkatkan motivasi murid dari segi pencapaian akademik dan sahsiah agar boleh dijadikan pelajar contoh.
3. Membentuk jati diri yang baik dari segi sahsiah dalam warga sekolah.
4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Berikut ialah Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dan Pusat Sumber.
1. Adlyna Ryhana binti Mohd Rozeme (Ketua Pengawas).
2. Muhammad Fareez Danial bin Nor Bakri (Penolong Ketua Pengawas).
3. Ahmad Aqil Aiman bin Zaiful (Ketua Pengawas Pusat Sumber).
4. Wan Hana Hushaira binti Wan Kamal Shahrin (Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber).

Tahniah kepada semua murid yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Moga pelantikan ini dapat menonjolkan sikap kepimpinan dan meningkatkan sahsiah diri murid.

Berikut ialah gambar sepanjang majlis berlangsung..

Ucapan oleh Puan Hajah Rohaidah Mohd Ali
Perasmian Majlis Pelantikan
Ketua Pengawas Sekolah; Adik Adlyna Ryhana binti Mohd Rozeme
Penolong Ketua Pengawas; Adik Muhammad Fareez Danial bin Nor Bakri

Ketua Pengawas Pusat Sumber; Ahmad Aqil Aiman bin Zaiful

Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber; Wan Hana Hushaira binti Wan Kamal Shahrin .

Ikrar Pengawas

 Ikrar Pengawas Pusat Sumber

Ikrar Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas



Disediakan oleh : Zalina binti Ismail