Pada 31 Januari 2019 bersamaan hari Khamis, SK
Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali kedua tahun 2019. Lawatan kali ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Subang yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk Guru Besar SK Subang; En. Fadzli b. Kamarudin. Para pelawat sampai pada pukul 10.00 pagi. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat Terminal Muafakat dan dijamu sedikit makanan yang telah disediakan.
Selesai makan, majlis dimulakan dengan bacaan
doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhammad Taib. Majlis diteruskan
dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali berkaitan
dengan latar belakang Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Seterusnya,
ucapan daripada Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian berkaitan dengan peranan PIBG sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah; terutamanya bagi aktiviti sekolah
yang terlibat dengan pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Pihak PIBG
banyak membantu dari segi kewangan dan sumbangan barang-barang yang diperlukan
oleh pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta komuniti setempat
amat penting bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah.
Majlis
diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana sudi menerima
lawatan dari SK Subang untuk melihat
Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan berkongsi
ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Selepas itu, tayangan multimedia berkaitan dengan proses dan pelaksanaan bilik sumber dan aktiviti PPDa SKTPP dipersembahkan. Selesai tayangan multimedia, guru besar SKTPP dan SK Subang saling menandatangani sijil jaringan lawatan penanda arasan PPDa serta bertukar sijil dan cenderahati dari sekolah masing-masing.

Agenda yang
seterusnya ialah melawat ke Ujana Ilmu SKTPP bertujuan untuk berkongsi idea dan
maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Selepas lawatan ke Ujana Ilmu
SKTPP, sesi bergambar di Dermaga Minda bersama-sama guru-guru SK Subang dijalankan
sebagai tanda kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar beralih pula kepada
agenda utama iaitu melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terakhir sekali, guru dari
SK Subang dibawa ke bilik Kaunseling untuk melihat fail-fail berkaitan dengan
bilik sumber PPDa SKTPP.
Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi maklumat dan idea-idea baru kepada guru SK Subang untuk menyediakan Bilik Sumber PPDa yang menarik dan lebih cemerlang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru SK Subang dengan guru-guru SKTPP.

Gambar-gambar sekitar lawatan dijalankan:
Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman