Pages

Monday, January 28, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh : 28 Januari 2019
Masa   : 1:20 - 1:50 petang

Guru bertugas :

1. Encik Aizil Hasyimi bin Abd. Rahman
2. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
3. Puan Nor Latipah binti Che Yusoff
4. Puan Maizara binti Mahat
5. Puan Nashirah binti Taib
6. Puan Nor Holwani binti Yahaya
7. Puan Rohani binti Mansor

Laporan perhimpunan :
Murid beratur mengikut kelas masing-masing di Dewan Perdana dan Dewan Taman.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu:
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor
- Lagu Sekolah

1. Bacaan doa
Perhimpunan dimulai dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Hakeem Rizqi bin Norazmi (3 Ibnu Sina)

2. Bacaan Ikrar Rukun Negara

3. Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan raya

4. Ucapan guru bertugas minggu lepas (Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin )
- Masalah disiplin berkurangan
- Tabiat membuang sampah - pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah, bukannya di atas penutup tong sampah.
- Murid tidak boleh meminta duit daripada
kawan. Jika ada berlaku kejadian sebegini, murid perlu laporkan kepada guru bertugas atau mana-mana guru.

5. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

6. Tema ucapan : Kebersihan dan Penampilan Diri
- Semua murid disarankan untuk menjaga kebersihan dan penampilan diri supaya lebih menarik dan kemas.

7. LAWAD BM : menghiris (memotong nipis-nipis)
    LAWAD BI   : newspaper (surat khabar)
    LAWAD BA : ainun (mata)

8. Ucapan PK Petang
 - Pemakaian  baju sukan - Semua murid perlu memakai baju sukan sehingga Jumaat kerana ada latihan sukan
- Kehadiran lewat ke sekolah  - Semua murid hadir ke sekolah sebelum jam 1:10 petang.
- Pastikan pemakaian pas keluar kelas dan pas solat semasa keluar dari kelas, kecuali bagi yang  solat berjemaah.
- Sampah - Murid-murid DILARANG SAMA SEKALI mengoyakkan buku dan buat roket kerana sampah bertaburan di tingkat bawah bangunan.
- Berlari - Jangan suka berlari, banyak kecederaan berlaku disebabkan berlari. "Biar Lambat Asalkan Selamat"
- Dataran Perhimpunan - Murid-murid DILARANG melalui kawasan Dataran Perhimpunan semasa datang ke sekolah, pada waktu rehat dan balik dari sekolah.
- Bagi murid yang datang awal ke sekolah, DILARANG lalu di hadapan kelas-kelas aras bawah kerana akan mengganggu murid sesi pagi sedang belajar. Jika ingin ke Kedai Buku Sekolah, sila ikut laluan Bilik Sukan - Bilik RBT - Bilik Kaunseling - Laluan Patriotik.

9. Pesanan dari guru-guru lain
- Cikgu Amirulfitri :
Sepanjang minggu ini, latihan sukan akan dijalankan selepas rehat. Jadi, semua murid akan rehat serentak dari jam 3:20 - 3:50 petang.

- Ustaz Saiffol dan Cikgu Yani:
Pemakluman mengenai latihan raptai Watikah Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Bacaan Doa oleh adik Muhammad Hakeem Rizqi bin Norazmi (3 Ibnu Sina)

Bacaan Ikrar dan Rukun Negara

Ikrar Keselamatan Jalan Raya

Ucapan Guru Bertugas pada minggu lepas oleh Cikgu Ahmad Tirmiezi

Guru Bertugas pada minggu ini

Tema dan LAWAD pada minggu ini

Ucapan PK Petang, Puan Jumilah binti Ahmad
Makluman Watikah Pelantikan oleh Ustaz Saiffol

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 2:00 petang.

Disediakan oleh: Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

No comments:

Post a Comment