Pages

Saturday, January 19, 2019

Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6, 2019.

Majlis ini telah berlangsung pada:
Tarikh / Hari: 19 Jan 2019, Sabtu.
Masa: 8 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Majlis berjalan lancar serta mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa murid Tahun 6 sesi 2019.
Guru-guru memberi taklimat untuk setiap subjek, analisa peperiksaan UPSR yang lepas, target / sasaran UPSR sesi 2019 serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019.

Gambar-gambar sekitar majlis adalah seperti di bawah:

Buku Program Majlis Jalinan Kasih.


Sesi pendaftaran ibu bapa murid tahun 6, 2019.

Seagai memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman.

Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali.

 YDP PIBG SKTPP Tn. Hj.Khairul Azhar menyampaikan ucapan suntikan semangat dan motivasi untuk ibu bapa,  

Sesi soal jawab ibu bapa bersama guru.


Barisan guru Tahun 6, 2019.

Ucapan oleh Pn. Azizah Bt Mokhlas, PK Pentadbiran SKTPP.

Pen. Kanan Kokurikulum; En. Shahrizal B. Ya'am menyampaikan taklimat berkenaan PAJSK dan Kokurikulum SKTPP.

Taklimat oleh guru Bimbingan dan Kaunseling; Pn. Juli Bt. Mahbah berkenaan Psikometrik

Taklimat oleh Pemangku Penyelaras Tahun 6, 2019; Pn.Roseniza Bt. Setapa.


Semoga majlis ini mendapat kesekapatan dan kerjasama yang hebat dari ibu bapa dan guru Tahun 6. Didoakan agar murid-murid SKTPP terus melakar kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan, sukan dan sahsiah serta menjadi anak Malaysia yang berjaya serta  mampu memberi manfaat kepada  diri sendiri khasnya dan orang lain amnya. 
Insha Allah.

No comments:

Post a Comment