Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga akan pujukan dan nasihat para guru. Kolaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin & Panitia Agama Islam diharapkan mampu mencapai objektif utama iaitu mengurangkan bilangan murid yang tidak menghormati guru dan yang tidak berperaturan.
Program ini akan diadakan sebanyak 3 fasa mengikut perancangan tahun ini. Diharapkan ingatan demi ingatan, nasihat demi nasihat, pujukan demi pujukan oleh guru mampu memberi kesan kepada murid-murid dalam menyemai sikap menghormati guru dan beradab sopan.
Berikut paparan sepanjang program dijalankan :
|
Pn Nik Rosmaliza sebagai Pengerusi Majlis dalam slot pertama ceramah Tahun 3 |
|
Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah |
|
Murid-murid menadah tangan memohon keberkatan daripada Allah SWT |
|
Penceramah hari ini En Samri bin Othman |
|
Murid Tahun 3 memberi sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan |
|
Pn Juli mempengerusikan majlis dalam slot yang kedua bersama murid Tahun 2 |
|
Slot kedua, En Samri bersama-sama murid Tahun 2 |
|
Semoga apa yang disampaikan menjadi ingatan kepada kamu semua |
|
Cikgu Ahmad Junaidi memulakan taklimat disiplin dengan senyuman |
|
Taklimat disiplin disampaikan oleh Cikgu Junaidi berkaitan dengan peraturan-peraturan di sekolah |
No comments:
Post a Comment