Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2019 telah disampaikan
oleh Encik Saiful Anuar bin Haji Basran. Beliau adalah Guru Cemerlang Daerah Kuala Langat, Guru Pentadbiran Korikulum dari
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Bangi. Manakala bagi Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu pula telah
disampaikan oleh Encik Syahidan Bin Saad. Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman mengajar serta merupakan Jurulatih Utama Bahasa Melayu PPD Petaling Utama.
Adalah diharapkan dengan adanya pendedahan Bengkel Teknik
Menjawab Matematik dan Bahasa Melayu ini akan membuka minda anak-anak tahun 6
untuk lebih fokus dan faham mengenai kehendak menjawab dengan tepat soalan yang
diberi serta petua-petua penting untuk mengelakkan pemotongan markah semasa
menjawab kertas peperiksaan.
Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang Bengkel Teknik
Menjawab dijalankan:
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matapelajaran Matematik di Dewan Perdana
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matapelajaran Bahasa Melayu di Terminal Muafakat
No comments:
Post a Comment