Bengkel Teknik
Menjawab untuk subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan pada 13 April 2019 bersamaan hari Sabtu bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.20
tengah hari. Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 bertempat di Terminal Muafakat
dan kumpulan 2 di Dewan Perdana. Kumpulan ini kemudiannya digilirkan mengikut
sesi ceramah.
Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR 2019 telah disampaikan oleh
Encik Johari Bin Mohd Sahar. Beliau adalah Guru Pentadbiran Kurikulum dari Sekolah
Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam. Manakala bagi Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris pula telah
disampaikan oleh Encik Wan Mahfodz Bin Wan Hassan dari Sekolah Kebangsaan
Putrajaya Presint 9 (1).
Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang Bengkel Teknik Menjawab dijalankan:
Encik Johari Bin Mohd Sahar tekun dalam menyampaikan info dan tips menjawab Sains UPSR kepada murid-murid yang terdiri daripada Kumpulan kedua.
Semua murid memberikan sepenuh perhatian dalam perkongsian teknik menjawab Sains UPSR yang disampaikan oleh Encik Johari Bin Mohd Sahar.
Paparan slaid yang memaparkan salah satu tips dan teknik menjawab soalan KBAT Sains.
Encik Wan Mahfodz Bin Wan Hassan selaku penceramah bagi teknik menjawab Bahasa Inggeris menyampaikan tips kepada murid-murid yang terdiri daripada Kumpulan 1.
Murid-murid fokus dan tekun dalam mendengar perkongsian ilmu bagi teknik menjawab Bahasa Inggeris.
Murid-murid cuba menjawab soalan mengikut petua dan tips yang telah dikongsikan.
Adalah diharapkan dengan adanya pendedahan Bengkel Teknik Menjawab
Sains dan Bahasa Inggeris ini akan membuka minda anak-anak tahun 6 untuk lebih
fokus dan faham mengenai kehendak menjawab dengan tepat soalan yang diberi
serta petua-petua penting untuk mengelakkan pemotongan markah semasa menjawab
kertas peperiksaan.
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL AFIQAH BINTI MOHD HASHIM
NORHANA BINTI NORDIN
No comments:
Post a Comment