Pages

Monday, April 29, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 (Sesi Pagi) 2019

Tarikh: 29 April 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)

Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Encik Mahadir bin Midun
3. Puan Astina binti Mahad Nor
4. Puan Juli binti Mahbah
5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Puan Faridatul Aini binti Alias
7. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
8. Puan Junaidah binti Rus
9. Puan Roseniza binti Setapa
10. Puan Murni binti Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-17, 2019
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Astina binti Mahad Nor
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (22.04.19 - 25.04.19) disampaikan oleh Puan Nurhayati binti Mohamed Nor

Puan Nurhayati bt Mohamed Nor

  • Kebersihan semasa rehat - sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
  • Semua murid perlu makan di kantin, bukan di kaki lima sebab dikhuatiri tidak bersih.
Laporan (Pengumuman Kelas Terbersih).
Tahun 4:
Johan - Dedikasi
Naib Johan - Intelek
Tempat Ketiga - Efisien

Tahun 5:
Johan - Ferum
Naib Johan - Titanium
Tempat Ketiga - Platinum

Tahun 6:
Johan - Gambus
Naib Johan - Tabla
Tempat Ketiga - Canang

Kelas PPKI:
Johan - Aquatic
Naib Johan - Cricket
Tempat Ketiga - Squash

Pemenang kategori kelas Tahun 4

Pemenang kategori kelas Tahun 5

Pemenang kategori kelas Tahun 6

Pemenang kategori kelas PPKI
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (29.04.19 - 03.05.19) oleh Puan Astina binti Mahad Nor

Pn Astina bt Mahad Nor
Tema: Jauhi Budaya Buli dan Vandalisme
Pada hari ini buli tidak kira tua atau muda, yang penting kepuasan menindas seseorang dianggap suatu kebolehan. Buli juga termasuk mengusik orang yang suka melatah sama ada untuk menghiburkan diri atau orang lain.
Gejala vandalisme juga bukanlah suatu isu yang asing di sesebuah sekolah. Tidak kira sama ada di kaki lima, dinding, tandas, pondok bacaan serta papan kenyataan  adalah tempat yang kebanyakannya murid melakukan aktiviti vandalisme. Murid seperti ini merupakan murid yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal istilah bersyukur.
Oleh itu semua murid dinasihatkan supaya jauhi budaya buli dan vandalisme.

4. Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SKTPP Semasa Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019

Pengacara: Cik Roslinda binti Mansor
Tarikh: 27 April 2019
Hari: Sabtu
Tempat: Kipmall Kota Warisan
Dalam majlis tersebut, SKTPP telah diundang dan dipertanggungjawab untuk membuka sebuah rerurai yang mengetengahkan aktiviti Ujana Ilmu, PPDa dan kriket.
Sungguh mengagumkan dan amat membanggakan kerana SKTPP telah menerima beberapa penganugerahan. Terima kasih diucapkan kepada PPD Sepang atas penganugerahan yang diberi ini.
Penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Pihak SKTPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan penerima penganugerahan tersebut. Terima kasih juga kepada pihak PIBG, barisan pentadbir, warga pendidik dan semua murid atas kerjasama selama ini. Semoga SKTPP terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Lagi laporan berkaitan boleh klik di sini.

Pengacara Majlis, Cik Roslinda bt Mansor
Tahniah..

Tahniah..

5. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Azizah bt Mokhlas
  • Semua murid perlu pastikan mempunyai kerusi dan perlu menjaga kerusi masing-masing dengan baik
  • Pada hari Rabu, 1 Mei 2019 merupakan cuti umum sempena Hari Pekerja
  • Memo berkaitan bulan Ramadhan iaitu jadual waktu pulang semasa bulan Ramadhan dll akan diedar pada hari Jumaat ini
  • Mengucapkan tahniah kepada SKTPP atas anugerah yang diterima tadi.
Pn Azizah bt Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran

Gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan:

Barisan pentadbir SKTPP
Barisan tenaga pengajar SKTPP



Barisan tenaga pengajar SKTPP

Murid-murid SKTPP sesi pagi

Sekian, terima kasih.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.45 pagi

No comments:

Post a Comment