Tarikh
: 26 April
2019
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 malam –
10.30 malam
Tempat : Dewan Perdana,
SK Taman Putra Perdana
Alhamdulillah,
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Siri 1 bagi
tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Program yang disusun ini adalah
sebagai persediaan awal bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR pada bulan September.
|
Para guru dan pelajar membuat persiapan tempat sebelum majlis bermula. |
Majlis telah bermula pada jam 7.00 malam di mana para pelajar, ibu bapa dan
guru-guru membuat pendaftaran di meja pendaftaran. Melalui apa yang dapat dilihat,
kehadiran dan sokongan daripada para guru, pelajar dan ibu bapa sangat
memberangsangkan.
|
Guru-guru yang bertugas mengurus pendaftaran. |
|
Antara guru Tahun 6 yang hadir menjayakan majlis. |
|
Pelajar yang hadir mendaftar terlebih dahulu di meja pendaftaran. |
|
Guru-guru mengedarkan roti dan air kepada semua jemputan yang hadir. |
|
Antara ibu bapa dan pelajar yang tiba awal di Dewan Perdana, SKTPP. |
|
Kehadiran yang memberangsangkan dapat dilihat apabila jemputan tidak putus hadir ke sekolah untuk menjayakan majlis. |
|
Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP bergambar bersama YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar dan sebahagian guru yang hadir. |
|
Buku program Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Siri 1 2019. |
|
Kaunter tabung wakaf surau SKTPP dibuka bagi memberi peluang kepada jemputan yang ingin membuat derma. |
Kemudian,
majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz
Mahadir Bin Midun yang diadakan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
diikuti dengan bacaan Yassin serta disusuli pula dengan solat hajat dan solat
isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah.
|
Jemaah menunaikan solat maghrib secara berjemaah. |
|
Ibu bapa dan pelajar membaca Yassin pimpinan Ustaz Mahadir Bin Midun. |
|
Jemaah menunaikan solat isya' secara berjemaah. |
Sebaik
sahaja selesai solat berjemaah, majlis seterusnya disambung dengan slot ceramah
motivasi. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada
pengacara majlis iaitu Ustaz Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin sebelum Tuan Haji
Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian yang merupakan YDP PIBG sekolah ini
memberikan ucapannya. Pastinya majlis tidak akan lengkap tanpa ucapan daripada
Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP. Beliau telah
memberikan kata-kata semangat dan sokongan yang dapat menaikkan semangat
pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan nanti.
|
GB dan YDP PIBG bergambar bersama dengan Penceramah PU Sufian. |
|
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali. |
Kini,
tiba masa yang dinanti-nantikan iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh
pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Pencetus Ummah (PU) Suffian. Sedikit biodata
tentang penceramah adalah seperti berikut.
- Nama penuh beliau ialah Mohd Sufian Bin Mohd Isa.
- Berasal daripada Kajang, Selangor.
- Berumur 33 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya
mata.
Antara pengalaman, penglibatan
serta pentauliahan yang diterima oleh penceramah ialah:
- Bekas Pensyarah Muda, Kolej Islam Antarabangsa yang merupakan
anak syarikat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Bekas pensyarah Institut Profesional Baitulmal, Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan KL.
- Finalis Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama, saluran 106.
- Aktif sebagai penceramah motivasi dan parenting sekolah-sekolah
serta pelbagai program berbentuk seminar, kursus dan kem motivasi.
- Penceramah utama Motivasi Anak Hebat, Keusahawanan, Teknik
Belajar bersama Konsultan Motivasi Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood,
Semanis Kurma TV9 (2011 hingga kini)
Banyak
perkongsian serta tips-tips yang telah diberikan oleh PU Sufian yang dapat
membantu meningkatkan motivasi pelajar dalam membuat persiapan menjelang
peperiksaan UPSR yang bakal tiba nanti. Antara tips-tips yang diberikan oleh
penceramah ialah:
- Para pelajar perlu sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan
ibu bapa, tidak berkata kasar, menghormati ibu bapa serta mendengar
kata-kata nasihat daripada ibu bapa.
- Para pelajar perlu menjaga solat kerana solat merupakan hubungan
perantaraan kita dengan pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T.
- Para pelajar perlu fokus dalam pelajaran dengan sentiasa membuat
ulangkaji pelajaran serta menjaga hubungan yang baik dengan guru-guru di
sekolah.
|
PU Sufian sedang menyampaikan ceramah. |
|
Penceramah sedang bertanyakan soalan kepada pelajar Tahun 6. |
|
Para pelajar sedang memberikan tumpuan dan fokus yang penuh kepada ceramah yang disampaikan. |
|
Sebahagian bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. |
|
Para pelajar perempuan juga memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan. |
|
PU Sufian membacakan doa penutup sebelum menutup sesi ceramah. |
|
Majlis penyampaian cenderamata kepada PU Sufian yang sudi meluangkan masa memberikan motivasi kepada anak-anak Tahun 6 SKTPP. |
Diharapkan agar
segala perkongsian yang diberikan oleh penceramah dapat membantu pelajar agar
lebih fokus dalam pelajaran seterusnya mencapai kejayaan yang membanggakan
bukan hanya pada ibu bapa dan sekolah, tetapi yang lebih penting kejayaan untuk
diri sendiri yang boleh membantu peningkatan jati diri dan sahsiah peribadi
yang terbaik pada diri individu itu sendiri agar seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Di atas
kesempatan ini juga, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program
yang telah diilaksanakan. Tidak dilupakan juga buat barisan pentadbir yang
telah memberikan kerjasama dalam memastikan program ini berlangsung dengan
jayanya. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan
keberkatan daripada ALLAH S.W.T. Semoga anak-anak didik SKTPP akan memperolehi kejayaan yang membanggakan dalam UPSR nanti. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment