Pages

Tuesday, June 18, 2019

Pemantauan Masalah Longkang di Depan Sekolah

17 Jun 2019

Ahli Majlis dan pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Sepang datang melawat masalah longkang di luar pagar sekolah. Semoga dapat menyelesaikan masalah air bertakung dalam longkang kantin yang berpunca dari paras longkang luar yang tidak selaras. Semoga masalah penutup longkang yang pecah dan hilang dapat diselesaikan juga. Terima kasih buat Ahli Majlis MPS; En. Rushdan bin Mohamed dan pegawai-pegawai MPS yang komited...





18 Jun 2019

Kerja-kerja pembersihan longkang depan sekolah telah dilakukan oleh pihak MPS. Namun air masih bertakung, tak jalan lagi. Mereka akan usahakan kaedah  penyelesaian untuk masalah ini. Dalam tempoh tersebut diharap ibu bapa dan pelajar berhati-hati kerana penutup pun belum dapat dibuat. Insyaa Allah pihak MPS akan tutup nanti selepas kajian dilakukan untuk level longkang...







No comments:

Post a Comment