Syukur Alhamdulillah… Dengan izin-Nya Majlis
Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid sesi pagi dan petang yang lahir pada bulan
Jun, Julai dan Ogos dapat dijalankan dengan meriah dan lancar sekali. Terima
kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Unit Guru Penyayang atas kerjasama dalam
memastikan majlis dapat berjalan sebagaimana yang dirancang.
Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan
Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) manakala sesi petang disempurnakan oleh
Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong Kanan Petang)
Seperti biasa, majlis sambutan hari lahir dimulakan
dengan ucapan pengacara majlis, diikuti bacaan doa mohon keberkataan majlis dan doa khas untuk murid-murid yang diraikan. Seterusnya, penyampaian hadiah oleh Guru Besar & PK
Petang. Akhir sekali, sesi bergambar dan nyanyian lagu "Selamat Hari
Jadi" bersama-sama.
Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang turut memeriahkan majlis dengan menyumbangkan kek untuk sama-sama dinikmati oleh anak-anak ini. Semoga tuan / puan terus dimurahkan rezeki.
Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu....
No comments:
Post a Comment