Pages

Sunday, August 25, 2019

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 (Sesi Petang)

Pada 23 Ogos 2019, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan / Bulan Kebangsaan bagi tahun 2019.  Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP. Murid-murid dan seluruh warga sekolah diharap dapat merasai pengalaman menyambut hari kemerdekaan melalui aktiviti sambutan yang diadakan di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk  semangat cintakan negara dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKTPP.

Objektif program ini adalah :
  • Menyemai semangat cinta akan negara.
  • Memupuk dan memperkukuh semangat setia kepada negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
  • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Aktiviti Bulan Kemerdekaan Sesi Petang

Tahun 1 – Pakaian Beragam, Mewarna Poster Kemerdekaan

Tahun 2 – Nyanyian Solo dan Berduet, Mewarna Poster Kemerdekaan

Tahun 3 – Koir Lagu Patriotik, Mewarna Poster Kemerdekaan

Berikut adalah gambar-gambar Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 bagi Sesi Petang..

Ucapan aluan pengacara majlis, Puan Maizara binti Mahat

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang 
diketuai oleh Ustaz Saiffol bin Ngabiah.
 Guru Besar Puan Hajah Rohaidah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2019.

Guru Besar bersama PK Petang Puan Jumilah dan Penyelaras Program Puan Nadzirah serta Puan Salmi semasa acara 
pemotongan pulut kuning sebagai simbolik perasmian.

Simbolik perasmian turut diserikan dengan acara murid berbasikal dan membawa bendera serta skrol pelancaran majlis.

Adik Muhammad Raqib menyerahkan skrol 
perasmian kepada puan Guru Besar.

Barisan guru-guru yang menerima hadiah bagi kategori pakaian mengikut tema terbaik.

Majlis turut disertai dengan acara nyanyian lagu patriotik oleh semua guru dan murid.

Majlis telah mendapat kerjasama yang baik dari semua murid yang turut sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan.

Barisan guru-guru yang sentiasa berusaha memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap aktiviti sekolah.

Majlis ditamatkan pada jam 3.20 petang. Diharapkan agar segala perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini akan berjalan lancar.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment