Pages

Wednesday, September 11, 2019

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019

Pada hari pertama UPSR berlangsung, Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian telah meluangkan masa bersama-sama murid. Beliau menitipkan sepatah dua kata sebagai penyuntuik semangat kepada calon UPSR. Selain itu, setiap hari sebelum murid masuk ke dewan, bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Mudun.

         Sepanjang UPSR berlangsung, calon UPSR diberi sarapan ringkas yang ditaja oleh ibu bapa Tahun 6. Selain itu, pihak kami juga menerima sumbangan makanan (roti dan air kotak) yang ditaja oleh pihak 7-Eleven. Selepas sahaja murid masuk ke dewan peperiksaan, para ibu bapa dan guru-guru membaca yasin di surau SKTPP. Semoga dengan adanya bacaan yasin dan solat hajat seperti ini, anak-anak didik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

          Pada hari terakhir UPSR, diadakan majlis ringkas bagi meraikan usainya UPSR. Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Sejurus itu, Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian turut menyampaikan ucapan ringkas. Beliau menegaskan UPSR ini bukanlah pengakhiran tetapi permulaan kehidupan sebagai seorang pelajar.

          Apabila tirai UPSR berlabuh, sujud syukur menyusul. Ustaz Ishak memimpin sujud syukur tersebut. Tujuannya untuk menerapkan nilai-nilai kesyukuran atas kejayaan murid-murid menduduki UPSR selama empat hari ini. Sujud syukur ini juga disertai oleh ibu bapa murid Tahun 6.
   
        Majlis diserikan lagi dengan kunjungan maskot KFC (Chicky). Selain itu, murid-murid menerima satu set makanan KFC. Ini merupakan hasil usaha dan kerjasama antara ibu bapa murid Tahun 6. Para ibu bapa juga menyediakan pelbagai juadah yang sangat menyelerakan. Juadah tersebut ialah nasi tomato, roti jala, mi goreng, kek, kuih-muih dan minuman. Murid-murid begitu gembira atas jamuan yang disediakan.

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi Tahun 2019.



Bingkisan memori sepanjang UPSR berlangsung. 





No comments:

Post a Comment