Tarikh : 14 Oktober
2019
3. Laporan Guru Bertugas
Minggu Lepas – Puan Nurzainon binti Mohd Razalli
Hari :
Isnin
Masa : 7.30
pagi
Tempat : Dataran
Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis
: Puan Noor Hanawati Alinda
Binti Abd Taib Puruji
Senarai Guru Bertugas :
1. Encik Ahmad Zunaidi Bin
Jinalabin
2.
Puan Norliza Binti Ali @ Yasim
3.
Puan Musaliha Binti Mustafa
4.
Puan Nurul Iman Binti Illyas
5.
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6.
Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib
Puruji
7.
Cik Mawaddah Binti
Kamarulzaman
Kamarulzaman
8. Cik Syahirah Binti Tumar
Agenda :
1. Perarakan Masuk dan Kawad
Kaki oleh pasukan Unit Beruniform
·
Perhimpunan dimulakan
dengan perarakan masuk dan kawad kaki daripada Unit Beruniform Persatuan Pengakap,
Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
·
Pasukan kawad kaki diketuai oleh Muhammad Raif
(6 Rebana) yang kemudian melaporkan diri kepada Guru Besar SK Taman Putra
Perdana, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali.
·
Pasukan kawad kaki ini
kemudian bertanggungjawab untuk menaikkan ketiga-tiga bendera iaitu bendera
Malaysia, bendera Negeri Selangor dan bendera sekolah sewaktu nyanyian lagu
dipasang.
Pasukan Kawad Kaki bersedia untuk menaikkan bendera
|
2. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa
dan Bacaan Ikrar
·
Nyanyian lagu Negaraku,
lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana
Binti Yahaya (6 Kompang).
·
Bacaan doa telah dipimpin
oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
·
Bacaan Ikrar Rukun Negara
dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib
Puruji.
·
Bacaan Ikrar Murid oleh
Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla).
Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam |
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal |
·
Murid diingatkan memakai
pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari Rabu. Mulai tahun hadapan
murid-murid digalakkan memakai baju pakaian seragam Unit Beruniform pada hari
yang telah ditetapkan iaitu Isnin minggu ke-3 dan setiap Rabu.
·
Murid diingatkan agar
menjaga kebersihan kelas termasuk di kawasan kaki lima kelas masing-masing. Pastikan
murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan, dan pastikan
jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis / aktiviti
atau sebelum berakhirnya sesi pembelajaran. Murid-murid hendaklah amalkan
budaya ini sampai bila-bila.
Puan Nurzainon memberikan laporan bertugas pada minggu lepas |
4. Ucapan Guru Bertugas Minggu
Ini - Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
·
Tema : Pentingnya
Mengulangkaji Pelajaran
·
Guru mengingatkan murid-murid
supaya sentiasa mengulangkaji pelajaran. Hal ini supaya dapat menguatkan daya
ingatan serta meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
·
Di samping itu dapat
meningkatkan lagi minat belajar dalam
kalangan murid-murid. Seterusnya, memudahkan murid-murid untuk menjawab peperiksaan
dengan mudah.
Barisan Guru Bertugas |
Pengumuman :
-
Bengkel badminton akan
diadakan pada 19 Oktober 2019 (Sabtu). Penyertaan dibuka untuk murid-murid
tahun 4 dan 5.
-
Sambutan hari lahir bulan
September dan Oktober akan diadakan pada hari Rabu. Murid-murid boleh membawa
kek dan sambut di dalam kelas bersama-sama dengan guru kelas.
5.
Majlis Penyampaian Sijil – Encik
Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
·
Pasukan Kriket telah berjaya dalam Kejohanan Kriket Schools Championship 2019 peringkat MSS Selangor.
·
Perlawanan tersebut telah
berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·
Penyampaian sijil
disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·
Pasukan ini di bawah bimbingan Cikgu Mohd Izwan bin Mohd Jowahar dan Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah.
Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif mengendalikan sesi penyampaian sijil |
Peserta menerima
sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin
Ya'am :
Pasukan Kriket bergambar kenangan bersama Jurulatih dan barisan pentadbir |
Majlis Penyampaian Sijil – Ahmad Zunaidi Bin
Jinalabin
·
Pasukan Ragbi telah berjaya dalam Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi bawah 1- Peringkat MSSD.
·
Perlawanan tersebut telah
berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober hingga 9 Oktober 2019.
·
Penyampaian sijil
disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
·
Pasukan ini bawah bimbingan
cikgu Ahmad Zunaidi Bin
Jinalabin dan Cikgu Wan Faizol.
Encik Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin mengendalikan sesi penyampaian sijil |
Peserta menerima
sijil daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin
Ya'am :
6.
Ucapan PK Kokurikulum – Encik Shahrizal Bin Ya'am.
·
Ucapan tahniah kepada semua
murid yang memakai Uniform Unit Beruniform pada majlis perhimpunan rasmi hari
ini.
Diharapkan murid-murid lain akan turut serta memakai pakaian Unit Beruniform
pada perhimpunan UB pada masa akan datang.
·
Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan pintu pagar A dan
B untuk masuk dan keluar daripada kawasan sekolah.
Tidak dibenarkan menggunakan ‘laluan tikus’ atau lubang di pagar sebagai
jalan pintas untuk masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
Sekiranya ditangkap, murid berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.
·
Tahniah kepada semua atlet
sukan kriket dan ragbi yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Kriket
Schools Championship 2019 peringkat MSSS dan Kejohanan Sukan Pembangunan Ragbi
bawah 10 Tahun peringkat MSSD.
Ini membuktikan bahawa perkembangan murid-murid SKTPP adalah holistik, bukan
sahaja cemerlang dalam akademik dan sahsiah malah cemerlang dalam bidang
kokurikulum.
·
Semua murid digalakkan
minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
·
Murid perlu membawa botol
air ke sekolah. Membawa botol air ke sekolah adalah salah satu langkah yang
sihat.
Pihak sekolah juga telah menyediakan mesin ‘water cooler’ yang baharu
untuk kegunaan semua murid. Mesin ini dibeli hasil sumbangan PIBG, ibu
bapa dan guru-guru serta staf sekolah yang prihatin.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan atas semua sumbangan yang
telah diberi.
PK Kokurikulum Encik Shahrizal Bin Ya'am |
7.
Majlis Pelancaran Kempen
Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020 - Puan Noor Hayati binti Yusof
·
Cogan kata Persatuan Puteri
Islam – Berilmu Beriman Beramal
·
Cogan kata TKRS – Ilmu Iman
dan Amal
·
Cogan Kata Pandu Puteri
Tunas – Tolong Orang Selalu
·
Cogan Kata PBSM –
Berkhidmat
·
Cogan kata Pengakap – Buat Habis
Baik
Puan Noor Hayati binti Yusof |
1.
Ucapan Guru Besar - Puan
Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)
·
Guru Besar mengalu-alukan
kehadiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah yang baru bertukar : Pn. Siti Mahfuzah binti Abdul Razak dari SK Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan
·
Tahniah kepada semua murid
yang memakai pakaian seragam Unit Beruniform yang lengkap.
·
Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam Unit Beruniform pada tahun hadapan pada hari kokurikulum setiap hari Rabu.
·
Seterusnya, beliau melancarkan
Kempen Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.
·
Gimik pelancaran disediakan oleh Puan Umi Nazrah dan Puan Safinatunajakh sempena Kempen
Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020.
Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar) |
Gambar Gimik Pelancaran Kempen
Pemakaian Baju Unit Beruniform 2020:
Gambar Setiap Persatuan Unit Beruniform :
Persatuan Bulan Sabit Merah |
Tunas Kadet Remaja Sekolah |
Persatuan Pandu Puteri Tunas |
Persatuan Puteri Islam |
Persatuan Pengakap PPKI |
Perhimpunan
mingguan tamat pada jam 9.00 pagi.
Disediakan
oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman
No comments:
Post a Comment