Pages

Tuesday, October 22, 2019

Majlis Perasmian Naik Taraf Surau SK Taman Putra Perdana

Bersyukur ke hadrat Ilahi, atas keizinanNya, Majlis Perasmian Naik Taraf Surau SK Taman Putra Perdana telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2019 (Selasa). Majlis yang penuh keberkatan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Ghani bin Hashim, Penolong PPD (Perhubungan dan Pendaftaran), Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Haji Ir. Abdul Muzi bin Abdullah (pengurus projek surau), Encik Shahril Reza bin Razi (Pengurus Syarikat Speed Oracle Sdn. Bhd.) dan Encik Mohd Hisyam bin Abdullah (penyelia projek surau). 

Barisan Penolong Kanan, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Putra Perdana dan guru-guru juga hadir bersama bagi merealisasikan hasrat murni untuk membina sebuah surau yang selesa. Selain itu, dengan usahasama seperti ini, mencerminkan kesungguhan pihak sekolah untuk melihat surau di sekolah ini terbina dan tersergam indah. Mudah-mudahan segalanya menjadi realiti.

Objektif pembinaan naik taraf Surau SK Taman Putra Perdana;
  • Menaik taraf surau sedia ada menjadi sebuah surau yang berperanan sebagai pusat aktiviti agama  kepada warga sekolah terutama murid.
  • Mengubahsuai surau bagi menggantikan surau sedia ada yang terlalu sempit dan tidak sesuai untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah.
  • Menyediakan ruang solat yang lebih selesa untuk Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR yang melibatkan ibu bapa dan murid.

Diharapkan dengan menaik taraf surau ini, program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan juga menjadi tempat ibadat yang lebih sesuai, baik dan selesa. InsyaAllah...

Antara momen yang sempat dirakam semasa majlis berlangsung;

Buku program yang disediakan oleh Cik Mawaddah
Puan Roslinda selaku Pengacara Majlis

Ustaz Zurilazman memimpin bacaan doa

Menjunjung tertib majlis, ucapan aluan oleh
 Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
(Guru Besar SKTPP)

Titipan ucapan oleh
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
 (YDP PIBG)

Amanat ucapan perasmian oleh
Tuan Haji Abdul Ghani bin Hashim,
Penolong PPD (Perhubungan dan Pendaftaran),
Unit Pengurusan Sekolah, PPD Sepang

Tautan kemesraan yang terjalin dalam majlis yang indah ini

Penyerahan surat pelantikan pembinaan naik taraf  Surau SKTPP

Sesi merakam gambar


Gimik perasmian

Bacaan doa selamat


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan Al Hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.  (An-Nahl: ayat 125)

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.


Disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail
SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment