Pages

Saturday, November 16, 2019

Hari Orientasi Tahun 1/2020

Selamat Datang Putera Puteri Tahun 1 Sesi 2020 ke SK Taman Putra Perdana!

    Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya, Hari Orientasi Tahun 1/2020 dengan tema "Jom Cemerlang Bersama SKTPP" telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya pada hari Sabtu 16 November 2019 bermula jam 8.00 pagi.

    Pelbagai ragam dan keletah anak-anak Tahun 1/2020 bersama ibubapa/penjaga masing-masing. Semua dilihat ceria dan bersemangat memulakan langkah pertama di SKTPP.

    Seramai lebih kurang 370 orang murid telah mendaftar masuk ke SK Taman Putra Perdana bagi sesi tahun 2020. Tahniah & terima kasih kerana memilih SK Taman Putra Perdana sebagai sekolah pilihan anda.

    Hari Orientasi Tahun 1/2020 merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menerima kemasukan murid tahun 1. Murid-murid ini akan menjalani sesi suaikenal dan membaca serta mengenal nombor bersama guru pembimbing kelas-kelas yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 kelas telah disediakan untuk menempatkan murid-murid ini.

    Selepas sesi penyemakan fail, ibubapa ditunjukkan tayangan video tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Ini bertujuan memberi input pentaksiran yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah kepada anak-anak mereka kelak.              Kemudian  murid-murid diminta beratur di tapak perhimpunan dan seterusnya dibawa masuk ke kelas yang telah ditetapkan dengan diiringi oleh guru-guru pembimbing. Sementara ibu bapa mengikuti program di Dewan Perdana.

    Majlis telah dimulakan dengan ucapan Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian selaku YDP PIBG SK Taman Putra Perdana. Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali juga memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran ibubapa serta anak-anak yang mendaftar masuk Tahun 1/2020 dan berharap mendapat kerjasama yang baik daripada ibubapa sepanjang sesi persekolahan tahun 2020 nanti.

    Slot Taklimat juga telah disampaikan kepada ibubapa seperti berikut :

* Taklimat Minggu Transisi oleh Cik Amalina bt Abd Hamid.

* Taklimat Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif (PPKI) oleh Pn Norhamizah bt Hamzah

* Taklimat Disiplin oleh Tn Hj Tarmiji bin Sabali

    Selesai acara ibu bapa di dewan, murid-murid yang telah selesai menjalani aktiviti di dalam kelas dibawa pula melawat kawasan-kawasan utama sekolah iaitu tandas, kantin, kedai buku & bilik guru.

    Ibubapa boleh menyemak senarai semak tentang pendaftaran murid tahun 1 sesi 2020 :
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari QR Code dan link berikut : http://gg.gg/HOTS2020

    Setelah selesai lawatan murid-murid ke sekitar kawasan sekolah pada jam 12.30 tengah hari, ibubapa telah mengambil anak-anak untuk berehat di kantin dan seterusnya bersurai.

    Diharap program Hari Orientasi Tahun 1/2020 ini dapat memberi pendedahan yang terbaik kepada anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan pada hari pertama persekolahan 2020 nanti. Semoga berjaya!

Berikut merupakan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung:


Sesi Taklimat 

Guru-guru bertugas menjalankan Hari Orientasi Tahun 1/2020 

Guru bertugas menjalankan penyemakan fail murid.

Murid-murid tahun 1 sesi 2020 melawat kawasan dalam sekolah dengan bantuan guru pembimbing.

Murid-murid PPKI menjalani latihan & orientasi sambil dibantu oleh guru-guru PPKI yang komited.

Pelbagai ragam dan gaya murid-murid tahun 1/2020.

Sesi menjalani sesi suaikenal, membaca dan mengenal nombor.

Para ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak dan mendengar taklimat yang diberi.

Murid-murid tahun 1/2020 teruja dengan persekitaran yang baharu.

No comments:

Post a Comment