Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan (MA3K) 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 13 November 2019 yang lalu. Majlis ini adalah anjuran bersama Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana.
Encik Zuhaimi bin Md. Nasir; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang (Unit Hal Ehwal Murid) turut sama memeriahkan majlis selaku wakil kepada perasmi Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang iaitu Tuan Haji Arbaini bin Pinni.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019 merupakan majlis kemuncak bagi unit kokurikulum dan HEM sebagai menghargai kemenjadian murid dalam bidang sukan, kelab dan permainan serta kepimpinan. Ia sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan murid yang mampu menyeimbangkan diri dari segala aspek termasuk jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Manakala Unit Hal Ehwal murid memberi penghargaan atas khidmat bakti para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang bertindak sebagai tonggak kelancaran aktiviti sekolah sepanjang tahun ini. Majlis ini turut mengiktiraf jurulatih-jurulatih luar dan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam memupuk kemenjadian murid dalam bidang sukan dan persatuan.
Tahun 2019 merupakan tahun yang cemerlang bagi unit Kokurikulum dengan pelbagai pencapaian yang amat membanggakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahu pun antarabangsa. Percikan kecemerlangan ini turut dirasai apabila seramai 11 orang guru telah dianugerahkan Guru Inspirasi Kokurikulum Daerah Sepang pada satu majlis yang diadakan pada pertengahan Oktober yang lalu.
Majlis ini bertujuan mendorong dan membakar semangat semua warga sekolah untuk terus berdaya saing pada tahun-tahun yang mendatang.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan memukau dari murid-murid Tahap 1 iaitu persembahan silat di bawah bimbingan Puan Yani Mohamad Sharif, Puan Roslelawati Ibrahim dan Encik Aizil Hasyimi Abdul Rahman. Di bawah kelolaan Puan Nurazlin Mat Noor, Puan Maizarah Mahat dan Puan Rohani Mansor pula adalah senaman zumba yang merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik manakala persembahan berikutnya merupakan tarian tradisional yang berasal dari Bali, Indonesia di bawah bimbingan Encik Hadri Ag. Idris, Puan Arzah Hussin dan Puan Azizah Abdul Hamid. Tarian Ulek Mayang, hasil bimbingan Puan Nik Rosmaliza Nik Hussain, Puan Nor Maziah Abdul Malik dan Puan Nor Latipah Yusoff menutup tirai persembahan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019.
Dua anugerah telah diperkenalkan buat aliran Perdana dan satu anugerah diberikan bagi menghargai murid Pendidikan Khas. Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Khas Kokurikulum.
Coretan gambar sepanjang majlis berlangsung
Tahniah buat semua. Semoga kecemerlangan terus bersama kita.

Anugerah
|
Penerima
|
Kejayaan
|
Tokoh
Kokurikulum (Perdana)
|
Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal
|
|
Tokoh
Sukan (Perdana)
|
Muhammad Akram bin Abdul Malek
|
|
Tokoh Kokurikulum
(Pendidikan Khas)
|
Putri Nurdini Damia binti Mohammad
|
|
Coretan gambar sepanjang majlis berlangsung
Bersama tuan perasmi di Bilik Menunggu |
Ketibaan Perasmi Encik Zuhaimi bin Md. Nasir |
Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian YDP PIBG |
Buku Program Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kepimpinan 2019 |
Kulit buku program hasil kerja Puan Azian dan Puan Norinna |
Bersama Wakil Pergerakan Puteri Islam Malaysia |
Pengawas Sekolah |
Pembimbing Rakan Sebaya |
Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) |
Encik Muhamad Zamri bin Hasan Jurulatih Luar Bola Sepak menerima cenderahati drp En. Zuhaimi |
Encik Ahmad Musrizuan Jurulatih Bola Sepak |
Perarakan masuk hadiah bagi Anugerah Khas Kokurikulum |
Tokoh Sukan : Muhammad Akram Bin Abdul Malek bersama ibu bapa |
Tokoh Kokurikulum : Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal bersama ibu bapa |
Tokoh Kokurikulum Pendidikan Khas : Putri Nurdini Damia binti Mohammad bersama ibu bapa
|
Pengacara Majlis |
Guru-guru SK Taman Putra Perdana 2019 |
Tahniah buat semua. Semoga kecemerlangan terus bersama kita.
No comments:
Post a Comment