Tarikh : 6 Januari 2020
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 1.20 tengahari
Pengacara Majlis : Puan Norli binti Hassan
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 1.20 tengahari
Pengacara Majlis : Puan Norli binti Hassan
Pengacara Majlis Puan Norli binti Hassan
1. Guru Bertugas untuk kumpulan B :
Norli binti Hassan
Siti Aisyah binti Hanafi
Norasmawati binti Omar
Rafidah binti Salleh
Safinatunajakh binti Mat Som
Norsiah binti Mohd Nor
Komagal A/P Kunaisekaran
Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrain
Guru - guru bertugas kumpulan B
2. Agenda Perhimpunan:
Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor.
- Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norli binti Hassan
- Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri
Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf
Bacaan Ikrar Oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri
3. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Roslinda binti Mansor
- Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Murid juga diingatkan supaya beratur dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan di kantin.
- Guru bertugas pada minggu lepas juga mengingatkan murid-murid agar menjaga duit yang dibawa ke sekolah agar tidak mudah tercicir. Terdapat murid yang keciciran wang pada hari pertama dan hari kedua persekolahan dengan kadar yang agak banyak. Murid yang membawa wang yang banyak untuk membeli buku hendaklah menjaga wang yang dibawa dengan baik agar tidak keciciran.
4. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Norli bin Hassan (Tema Peraturan Sekolah)
- Murid diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Semua murid dikehendaki memakai pakaian yang mempunyai tanda nama murid dan juga lencana sekolah.
- Murid lelaki dan murid perempuan hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Pakaian seragam yang dipakai haruslah mengikut garis panduan pakaian lengkap sekolah seperti yang telah ditetapkan. Sebarang pakaian yang tidak mengikut garis panduan pemakaian yang betul adalah dilarang sama sekali.
- Bagi murid perempuan yang memakai pakaian seragam pinafor berwarna biru tua hendaklah memakai di bawah paras lutut.
- Murid lelaki mestilah berambut pendek dan kemas serta tidak dibenarkan memotong rambut berfesyen. Manakala bagi murid perempuan yang berambut panjang pula hendaklah mengikat rambut dengan kemas dengan menggunakan getah rambut / cekak berwarna hitam @ biru tua sahaja.
- Semua murid samada lelaki atau perempuan adalah dilarang memakai barang perhiasan @ barang kemas ke sekolah.
5. Ucapan mingguan oleh Penolong Kanan Kurikulum, Puan Azizah binti Mokhlas.
Puan Azizah binti Mokhlas menyampaikan ucapan mingguan
- Puan Azizah mengingatkan murid-murid agar menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta mengurangkan permainan video atau gadget semasa di rumah. Murid dinasihatkan agar memberi perhatian semasa di dalam kelas.
- Murid juga dinasihatkan agar membuat jadual mengulangkaji pelajaran semasa berada di rumah. Jadual mengulangkaji pelajaran harus dibuat agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Perhimpunan rasmi mingguan tamat pada pukul 8.45 pagi
No comments:
Post a Comment