Tarikh : 20 Januari 2020
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi
Pengacara Majlis: Jamilah binti Yusof
1. Guru yang bertugas:
- Jamilah binti Yusof
- Norlida binti Othman
- Zailezah binti Sardi
- Umi Nazrah binti Saharoni
- Arjunawati binti Ahmad Nuze
- Norfauziaton binti Mohamed
- Nurul Izziani binti Mohd Latifi
- Ahmad Musrizuan bin Daud
- Srimahathevan a/l Vadivelu
2. Agenda Perhimpunan:
- Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor.
- Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Jamilah binti Yusof
- Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri
3. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji
- Pemakaian uniform sekolah yang belum lengkap iaitu lencana sekolah dan tanda nama.
- Murid lelaki yang berambut panjang, ambil kesempatan memotong rambut semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.
- Pastikan murid lelaki memakai baju PJ dengan t-shirt di masukkan ke dalam seluar (tuck-in).
- Mohon kapada semua murid supaya mematuhi peraturan dan menjaga disiplin diri semasa bergerak ke bilik-bilik khas untuk mengelakkan kemalangan.
4. Perkataan LAWAD
- Bahasa Melayu - Iktibar : maksud - pengajaran / teladan
- Bahasa Inggeris - Order : maksud - pesan
- Bahasa Arab - Laban : maksud - susu
5. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Jamilah binti Yusof (Tema-Kepentingan Menjaga Penampilan Diri)
- Kebersihan adalah amalan yang paling penting dalam kehidupan seharian.
- Ibu bapa wajib menerapkan pentingnya menjaga kebersihan diri seawal usia.
- Menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah satu amalan yang baik dan juga merupakan satu ibadah. Oleh itu, wajib bagi murid untuk sentiasa menjaga kebersihan diri.
- Murid-murid juga perlu menjaga kebersihan dalaman yang bermaksud perlu bercakap perkara yang baik dan positif. Elakkan dari memperkatakan perkara yang tidak elok dan negatif.
- Murid-murid juga harus memastikan setiap kali bangun pagi bersihkan diri dan wajib gosok gigi serta berpakaian kemas untuk ke sekolah.
- Apabila berpakaian kemas ke sekolah akan dapat membina keyakinan diri dan murid akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
- Selain dari itu, murid perlu tahu pemilihan makanan yang bersih untuk mengelakkan dari mendapat sebarang penyakit.
- Cara-cara menjaga kebersihan diri:-
- basuh tangan sebelum makan
- pakai pakaian yang bersih
- membersihkan kawasan sekitar seperti bilik sendiri
- membersihkan diri sekurang-kurangnya 2 kali sehari
6. Ucapan mingguan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrizal bin Ya'am
- ucapan alu-aluan.
- Empat perkara yang diperkatakan iaitu:-
- Tahniah di atas kedatangan murid-murid ke sekolah untuk hari ini dan hari-hari yang sebelumnya. Jika murid tidak dapat hadir ke sekolah, pastikan murid maklumkan kepada Guru Kelas masing-masing dengan menyediakan surat akuan doktor (MC) atau surat makluman.
- Kebersihan diri - pastikan semua murid minum air kosong yang secukupnya dan memakai topeng muka jika berlaku simptom-simptom batuk, asma dan sebagainya untuk mengelakkan dari berjangkit kepada orang lain. Jika demam, tidak perlu hadir ke sekolah. Langkah-langkah penjagaan dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
- Selamat maju jaya kepada yang akan mewakili sekolah ke peringkat MSSD pada minggu ini dan sepanjang bulan Febuari, iaitu Kejohanan merentas desa, ragbi, bola sepak, catur dan bola jaring.
- Murid-murid dikehendaki datang awal pagi ke sekolah dan balik rumah tamat waktu persekolahan. Jangan ikut kawan tanpa kebenaran dari ibu bapa. Pastikan pergi ke mana-mana dengan kebenaran dan pengetahuan ibu bapa. Akhir sekali, sila patuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Gambar sepanjang majlis perhimpunan berlangsung
No comments:
Post a Comment