Pages

Monday, March 9, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-11 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 9 Mac 2020
Hari     : Isnin
Masa   : 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Senarai Guru bertugas Kumpulan C :

1. En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
2. En. Mahadir bin Midun
3. Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji
4. Pn. Nurzainon bt Mohd Razalli
5. Pn. Junaidah bt Rus
6. Pn. Faridatul Akmal bt Ismail
7. Pn. Rosmizawati bt Yusub
8. Pn. Nur Murni bt Abdullah
9. Pn. Azlina bt Mat Isa

Agenda Perhimpunan :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
 - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian di bawah pimpinan 
Nur Amalia Syahmina bt Dinas Suhadi Putra.
 - Bacaan doa oleh Muhammad Danish bin Afzanizam.
 -  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah.
 - Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Wan Nur Emalin Zahra Putri bt Wan Nurkihan.

Pengacara majlis, bacaan doa, nyanyian dan bacaan Ikrar

2. Laporan guru bertugas Minggu lepas 

 - Laporan disampaikan oleh Pn Norli bt Hassan dan isi laporannya ialah :
  i- Pn. Norli mengingatkan murid menjaga kebersihan kelas dengan membersihkan kelas sebelum memulakan pembelajaran dan sebelum habis waktu persekolahan.
  ii-Selain itu, Pn. Norli meminta murid agar menjaga tingkah laku dan mematuhi peraturan sekolah.
  iii-Laporan kebersihan kelas minggu lepas :
      
      Kelas PPKI
      Pertama : Cricket
      Kedua   : Squash
      Ketiga   : Petangue

      Tahun 4
      Pertama : Ibnu Thufail
      Kedua   : Ibnu Sina
      Ketiga   : Ibnu Battuta

      Tahun 5
      Pertama : Jujur
      Kedua   :  Fokus
      Ketiga   :  Cerdik

      Tahun 6
      Pertama : Doctor
      Kedua   : Architect
      Ketiga   : Scientist


Penyampaian piala pusingan kebersihan kelas

3. Ucapan guru bertugas oleh En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah.

 - Ustaz Syed Farhan memperkenalkan barisan guru-guru bertugas kumpulan C.
 - Tema minggu ini ialah Menjaga Kebersihan Diri.
 - Penerangan mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri yang berkaitan  dengan wabak penyakit yang menular di serata dunia : Covid - 19
 - Murid-murid diingatkan menjaga kebersihan diri dan juga pakaian. 
 - Aspek amalan kebersihan diri yang biasa dilakukan ialah mandi, menjaga rambut, memotong kuku, menggosok gigi dan sentiasa membasuh tangan setiap kali melakukan sesuatu.
 - Diharapkan setiap murid amalkan amalan menjaga kebersihan diri supaya diri tidak mudah dapat penyakit dan sentiasa sihat.

Ucapan guru bertugas, Guru Besar dan barisan guru bertugas

4. Ucapan guru besar oleh Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali.
   
 - Puan Hajjah Rohaidah mengingatkan semua murid menjaga kesihatan diri terutama ketika cuti sekolah nanti. Sebaiknya elakkan pergi bercuti ke tempat yang mengalami wabak Covid-19
 - Makluman mengenai peperiksaan OTI 1 yang akan dijalankan bermula hari Isnin hingga hari Khamis. Peperiksaan tersebut hanya melibatkan murid-murid tahun 6 sahaja. Semua murid tahun 6 diharapkan agar berusaha mencapai A dalam semua mata pelajaran UPSR.
 - Puan Hajjah Rohaidah meminta semua murid bagi tahun 4 dan 5 tidak membuat bising sewaktu peperiksaan dijalankan ketika itu.
 - Makluman mengenai penilaian pertandingan Ruang Rehat yang akan dilaksanakan pada hari ini. Penilai Ruang Rehat akan datang dan diharapkan semua murid bekerjasama agar disiplin terkawal.
 - Sebelum mengakhiri ucapan, Puan Hajjah Rohaidah mengharapkan semua murid dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan dengan tenang.

Disediakan oleh :
Nurzainon bt Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment