Pages

Monday, March 2, 2020

Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari dan Februari, 2020

Dua bulan telah berlalu semenjak sesi persekolahan 2020 bermula. Walaupun sesi persekolahan baru sahaja berlangsung, Program Guru Penyayang telah pun bersedia dengan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti ini dijalankan pada kedua-dua sesi seperti berikut:
  • Sesi pagi: 7.00 hingga 7.20 pagi
  • Sesi petang: 1.00 hingga 1.20 tengah hari
      Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini telah dan akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2020 dan telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah.

       Ucapan-ucapan positif dan senyuman manis yang diukirkan oleh guru untuk murid bermula dari pagar A dan B dapat menjadikan murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Semoga aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana.

          Senyuman manis tetap terukir di bibir para guru walau terpaksa bergegas pada awal pagi dan terpaksa berpanas di bawah sinaran mentari. Harapan guru-guru agar aura positif dapat diserapkan kepada murid sepanjang hari.

   Berikut dikongsikan paparan suasana sepanjang aktiviti ini dilaksanakan pada setiap pagi.








No comments:

Post a Comment