Tarikh: 15 Julai 2020
Hari: Rabu
Masa: 7.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Cik Roslinda binti Mansor (K)
2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)
3. Pn Roseniza binti Setapa
4. Pn Juli binti Mahbah
5. Pn Norinna binti Mohamed
6. Pn W.Rosmawati binti W.Ibrahim
7. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
8. En Zurilazman bin Abdullah
9. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
10. Pn Rosmawati binti Md Desa
Perjalanan hari pertama sesi pembukaan semula sekolah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua guru. Barisan pentadbir serta YDP PIBG juga turut turun padang menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah. Sesi pembukaan semula sekolah ini adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 diarahkan hadir ke sekolah seperti pengumuman tarikh pembukaan semula sekolah oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin pada 10 Jun 2020 yang lalu.
Pihak SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah memastikan anak-anak sihat sebelum menghantarnya ke sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sentiasa berganding bahu bersama pihak sekolah dalam membuat persiapan sebelum sekolah dibuka dan juga semasa sekolah beroperasi.
7.00 pagi - 7.30 pagi
Murid-murid memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar A dan pintu pagar B.
3 orang guru mengambil suhu murid di pagar A dan 4 orang guru mengambil suhu di pagar B.
3 orang guru memantau murid bergerak ke kelas.
Alunan zikir berkumandang menerusi corong pembesar suara
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Program Minda Sihat : Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu
Sasaran: Semua murid Tahun 5 dan Tahun 6
Tempat: Kelas murid masing-masing
Objektif:
1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental
2. Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku
3. Melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid
4. Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi
5. Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri
Waktu Rehat
9.30 pagi - 10.00 pagi : Semua murid Tahun 5
10.00 pagi - 10.30 pagi : Semua murid Tahun 6
5 orang guru mengawal murid semasa proses membeli makanan
5 orang guru mengawal murid makan di dalam kelas
Sebelum balik
4 orang guru mengawal pergerakan murid pulang mengikut kelas satu persatu
2 orang guru menjaga pagar A
4 orang guru menjaga pagar B
Penerangan oleh Ketua Guru Disiplin
Penerangan oleh Ketua Disiplin sesi pagi iaitu Tuan Haji Tarmiji bin Sabali menerusi corong pembesar suara pada waktu rehat dan sebelum murid balik. Penerangan yang disampaikan adalah seperti berikut:
1. Penggunaan tangga. Murid-murid perlu menggunakan tangga UKM pada awal pagi iaitu sebaik sahaja sampai ke sekolah. Ketika waktu rehat dan waktu balik, murid-murid yang berada di Blog F perlu menggunakan tangga USM manakala murid-murid yang berada di Blog G menggunakan tangga UUM.
2. Keselamatan murid berdasarkan SOP (Standard Operating Procedure) - pencegahan penularan jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19). Murid perlu mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup muka.
Kehadiran Pihak Pemantau ke Sekolah:
1) YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
2) KPPD Sepang, Encik Ishak bin Abdullah
3) Pegawai PPD Sepang, Tuan Haji Ab Ghani bin Haji Hashim
4) Pegawai Perhubungan Sekolah
5) Pegawai Kesihatan Daerah Sepang
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang Hari Pertama Sesi Pembukaan Semula Sekolah:

Guru bertugas memeriksa suhu badan murid menggunakan pengimbas suhu badan |
Murid mencuci tangan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah |
Program Minda Sihat: Orientasi Pemugaran Emosi Murid |
Suasana waktu rehat |
Ketua Guru Disiplin memberi penerangan dan nasihat kepada semua murid |
Pemantauan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Sepang |
Pemantauan oleh KPPD Sepang |
Pemantauan oleh Pegawai PPD Sepang, YDP PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah dan barisan pentadbir SKTPP |
Suasana murid semasa balik |
No comments:
Post a Comment