Pages

Friday, July 10, 2020

Peringatan Mesra

Sedikit info untuk anak-anak murid yang akan kembali ke sekolah pada 15 dan 22 Julai 2020 ini.

🍄 Hanya anak-anak yang sihat sahaja dibenarkan hadir. Yang tidak sihat sila dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu.

🍄 Jika ada ibubapa yang masih belum mahu membenarkan anak-anak hadir, sila serahkan surat makluman kepada pihak sekolah.

🍄 Anak-anak digalakkan memakai pelitup muka (face mask) terutama yang ada alahan atau asthma. Face shield tidak dibenarkan demi keselamatan.

🍄 Bacaan suhu badan akan diambil di pintu pagar sekolah. Jika bacaan melebihi 37.5°C, anak-anak diminta balik untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

🍄 Sediakan alat tulis yang secukupnya, jangan berkongsi peralatan tersebut dengan rakan-rakan yang lain.


🍕 Makanan & minuman🥤

🍄Digalakkan membawa makanan dan minuman sendiri. Tidak dibenarkan berkongsi makanan atau minuman dengan rakan-rakan. 
  
🍄Makanan di kantin akan dijual secara berbungkus.  

🍄Makanan disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan.

🍄Murid akan membeli secara 'pandu lalu' mengikut kelas dan makan di dalam bilik darjah.

🍄 Ibubapa dinasihatkan membekalkan air minuman kepada anak-anak.

🍄 Sila bawa sudu dan garfu (plastik) sendiri.

📌 Keadaan ini akan berubah mengikut SOP yg diumumkan dari semasa ke semasa 📌

📣Buat masa ini waktu persekolahan dan jadual adalah sama seperti sebelum PKP.

 📣Maklumat terkini akan diberi dari semasa ke semasa. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Sekian, terima kasih. 

Guru Besar
SKTPP

No comments:

Post a Comment