Tarikh: 10 hingga 14 Ogos 2020
Hari: Isnin - Jumaat
Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan E
Senarai Guru bertugas Kumpulan E
Noriza binti Md Nor
Syahirah binti Tumar
Mawaddah binti Kamarulzaman
Norliza binti Ali @ Yasim
Norhana binti Nordin
Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Julaili binti Onian
Nurliza binti Ab Rahman
Nur Zakiah binti Md Diah
Sesi persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu ke-30
telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri
dengan norma baharu di sekolah. Berikut dikongsikan pelaksanaan sesi
persekolahan pada minggu ini.
Sesi Pagi
· Sebelum murid-murid masuk
ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas mingguan akan mengambil bacaan suhu
murid.
· Bacaan suhu murid diambil
di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. Murid-murid beratur
mengikut jarak yang telah ditetapkan.
·
Murid-murid mencatat bacaan
suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru setelah masuk ke dalam kelas.
·
Murid-murid juga perlu mencuci
tangan di sinki-sinki yang telah disediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B
sebelum masuk ke kelas.
Sesi Pembelajaran
·
Murid-murid duduk di meja
masing-masing mengikut jarak yang ditetapkan.
·
Guru akan masuk ke kelas dan
mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan.
·
Murid-murid yang ingin ke
tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.
·
Murid-murid juga diingatkan
supaya tidak berjalan-jalan atau berkomunikasi terlalu dekat dengan rakan-rakan
semasa berada di dalam kelas.
· Murid-murid juga rajin mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas.
·
Semasa waktu rehat, murid
makan di dalam kelas.
·
Murid-murid juga digalakkan
untuk membawa bekal makanan dari rumah.
·
Murid-murid yang ingin
membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak
sekolah.
·
Murid-murid akan keluar
rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Waktu rehat pertama adalah bagi
tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6.
·
Langkah ini bertujuan untuk
mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan.
·
Murid-murid juga beratur
dengan mematuhi jarak selamat semasa membeli makanan.
·
Guru bertugas memantau murid-murid semasa waktu rehat semasa
membeli makanan dan sewaktu makan di dalam kelas.
·
Makanan yang dijual oleh
pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual
beli.
·
Murid-murid diminta membawa
tisu basah, sudu dan garpu plastik untuk memudahkan murid makan makanan yang
dibawa atau dibeli sewaktu rehat. Hal ini supaya dapat mengelakkan kesesakan di
dalam tandas sewaktu rehat.
· Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing.
·
Sebelum bergerak pulang, murid-murid
dan guru melakukan sanitasi meja dan kerusi masing-masing.
·
Guru-guru akan menyembur
cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih
untuk kegunaan persekolahan sesi petang.
·
Murid-murid diminta untuk
mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar
dari kelas.
·
Kemudian murid-murid akan
beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan
yang telah ditetapkan.
· Guru-guru bertugas juga memantau di laluan pulang murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid supaya berjalan lancar.
Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-30:
Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar B |
Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar B) |
Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar A |
Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar A) |
Murid mencuci tangan menggunakan sabun yang telah disediakan oleh pihak sekolah |
Murid-murid yang tidak membawa bekal beratur mengikut jarak yang ditetapkan untuk membeli makanan sewaktu rehat |
Murid-murid membeli makanan secara pandu lalu |
Murid-murid makan di meja masing-masing di dalam kelas ketika waktu rehat |
Murid-murid sentiasa menjaga SOP ketika berada di dalam kelas |
Murid-murid melakukan sanitasi meja dan kerusi sebelum bergerak pulang |
Murid-murid bersedia untuk bergerak pulang mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan |
No comments:
Post a Comment