Tarikh: 4 hingga 7 Ogos 2020
Hari: Selasa - Jumaat
Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan D
Senarai Guru bertugas Kumpulan D :
- Jamilah binti Yusof
- Norlida binti Othman
- Zailezah binti Sardi
- Umi Nazrah binti Saharoni
- Arjunawati binti Ahmad Nuze
- Nurul Izziani binti Mohd Latifi
- Ahmad Musrizuan bin Daud
- Mazzaini binti Muda
- Parimala
- Claudia Jacqueline
Sesi persekolahan bulan Ogos bermula 4 Ogos 2020 (Selasa) selepas cuti Hari Raya Aidil Adha. Perjalanan persekolahan sesi pagi sepanjang minggu ke-29 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah.
Sesi Pagi
- Sebelum masuk ke kawasan sekolah, guru bertugas mingguan mengambil bacaan suhu murid.
- Bacaan suhu murid diambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B.
- Murid-murid akan diminta untuk menjaga penjarakan fizikal.
- Murid-murid juga diingatkan untuk mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan.
Sesi Pembelajaran
- Murid duduk di meja masing-masing yang telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan.
- Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan.
- Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
- Sepanjang pemerhatian, murid-murid dilihat dapat mematuhi penggunaan pas untuk ke tandas dengan baik.
- Murid-murid juga rajin mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas.
Waktu Rehat
- Semasa waktu rehat, murid makan di dalam kelas.
- Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah.
- Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah.
- Seterusnya, murid-murid akan keluar rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan mengikut tahun. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6.
- Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan.
- Murid-murid juga akan beratur dengan mematuhi jarak selamat untuk membeli makanan masing-masing.
- Guru bertugas akan memantau murid semasa membeli makanan dan semasa murid makan di dalam kelas.
- Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli.
- Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing.
Waktu Pulang
- Sebelum bergerak pulang, sesi sanitasi kelas akan dijalankan.
- Guru-guru subjek semasa akan meminta murid-murid untuk membersihkan meja masing-masing.
- Guru-guru juga akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang.
- Murid-murid akan diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas.
- Kemudian murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan.
- Guru bertugas juga ditempatkan di laluan pulang murid-murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid.
Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-29 :
Murid menjaga penjarakan fizikal semasa mencuci tangan.
Murid-murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
No comments:
Post a Comment