Pages

Tuesday, September 22, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu Ke-35 (Sesi Petang)

Tarikh: 14 - 18 September 2020
Hari: Isnin - Jumaat
Masa: 1.00 tengah hari - 6.00 petang

Senarai Guru Bertugas:
1) En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
2) Puan Nur Malisha binti Omar
3) Puan Fadhilah binti Talib
4) Puan Nora Azean binti Che Othman
5) Puan Rabihah binti Amiruddin
6) Puan Maizara binti Mahat
7) En. Amirulfitri bin Othman
8) Puan Nurazlin binti Mat Nor
9) Puan Salina binti Mohd Tasu
10) Puan Nur Azizati binti Ahmad
11) Puan Nor Rafini binti Othman
12) Puan Halijah binti Mihat
13) Puan Suphasara Supranie a/p Airak
14) En. Afandi bin Mat Zain

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan lancar walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua warga SK Taman Putra Perdana sentiasa mengamalkan norma baharu selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semuanya terhindar dari jangkitan COVID-19.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.

Guru bertugas mengambil suhu murid yang datang melalui Pagar B

Suhu direkod di atas kertas untuk rujukan murid di dalam kelas


Murid-murid mencuci tangan selepas memasuki kawasan sekolah



Norma baharu tetap diamalkan semasa waktu rehat

Disediakan oleh:
Nor Rafini Binti Othman

No comments:

Post a Comment