Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengambil inisiatif menghasilkan satu Pek Aktiviti "Stay At Home Challenge". Ahli-ahli Pandu Puteri di setiap peringkat adalah digalakkan untuk melalui cabaran-caraban yang disediakan dalam Pek Aktiviti tersebut untuk memperolehi Stay At Home Challenge Patch". Lencana ini akan diambil kira sebagai penyertaan aktivti peringkat kebangsaan bagi Buku Log Peribadi ahli-ahli Pandu Puteri terutama bagi calon yang mengambil ujian Anugerah Pandu Puteri Raja, Anugerah Pandu Puteri Remaja dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya.
Sijil penyertaan peringkat kebangsaan dan Lencana "Stay At Home Challenge" akan dikeluarkan bagi mereka yang berjaya melalui cabaran-cabaran Pek Aktiviti "Stay At Home' sambil berada di rumah.
Pek ini akan dilancarkan oleh Timbalan
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku
Soraya binti Al-marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 7 April 2020, jam
3.00 petang di Facebook live, @panduputerimalaysia dan berakhir pada 30 Jun 2020.
Seramai 9
orang murid Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana telah mengambil
bahagian dalam aktiviti cabaran ini. 2 daripadanya mencapai Top
Challenger mendapat sijil pencapaian kebangsaan serta lencana dan
selebihnya mendapat sijil penyertaan kebangsaan dan lencana. Terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi kerjasama menjayakan cabaran ini di musim PKP.
No comments:
Post a Comment