Pages

Friday, October 2, 2020

Kem Bestari Solat 2020 (Sesi Pagi)

Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat yang sebelum ini dilaksanakan sebanyak empat kali setahun telah diubah kepada dua kali setahun bermula tahun 2015. Ia merupakan aktiviti ko-akademik untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Sesuai dengan saranan program j-QAF yang diperkenalkan hasil cetusan idea daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, program ini turut dilaksanakan di sekolah ini. Program ini telah dijalankan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh    : 2 Oktober 2020

Hari        : Jumaat

Masa      : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat  : Bilik darjah masing-masing

Objektif penganjuran program ini adalah:

  1. Murid-murid dapat menghafaz bacaan dan mempelajari amali solat dengan sempurna mengikut langkah-langkah yang tersusun dan teratur mengikut silibus yang telah ditetapkan KPM.
  2. Murid-murid dapat mempelajari cara berwuduk dengan betul dan dapat memperbaiki secara langsung kesilapan-kesilapan di dalam amali dengan bimbingan fasilitator.
  3. Murid-murid akan mempunyai masa yang khusus untuk mendalami dan menghayati kewajipan dan kefardhuan solat dalam setiap individu muslim untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.





Guru-guru memakai cenderahati "button badge" Kem Bestari Solat sebagai tanda sokongan kepada program yang dijalankan.



Murid-murid turut memakai "button badge" yang diberikan.

Hadiah Pelajar Terbaik yang disediakan bagi setiap kelas

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali turut sama menjayakan program pada hari ini.

Murid-murid sedang mendengar penerangan daripada guru.

Program Kem Bestari Sekolah ini telah bermula selepas selesai bacaan yaasin. Semua guru beragama islam menjadi pembimbing / fasilitator kepada murid-murid di dalam kelas bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam kefardhuan solat serta kepentingannya dalam kehidupan seharian. Sebagai permulaan, guru-guru telah memberikan penerangan tentang solat kepada murid-murid.


Ustaz Ahmad Zubair sedang memberikan penerangan kepada murid 6 Lawyer.

Puan Mazzaini sedang memberikan penerangan kepada murid 5 Cerdik

Murid melakukan amali solat di dalam kelas dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selepas sesi penerangan berakhir, murid-murid berehat mengikut waktu yang telah ditetapkan. bagi tahun 4, mereka berehat pada jam 9.30 pagi, tahun 5 pada jam 10.00 pagi manakala tahun 6 berehat pada jam 10.30 pagi. Murid-murid dibekalkan dengan makanan percuma yang telah disediakan oleh pihak kantin sekolah.


Murid sedang menikmati juadah makanan di dalam kelas dalam keadaan norma baharu.


Selepas itu, program diteruskan dengan sesi penilaian bagi setiap murid tentang penguasaan mereka dalam topik yang telah dibincangkan di sebelah pagi. Setiap murid dibekalkan dengan borang penilaian yang mana guru-guru akan mengukur tahap penguasaan mereka berdasarkan borang tersebut. 


Seorang murid sedang dinilai oleh guru pembimbing.

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi Pelajar Terbaik setiap kelas. Pihak Jawatankuasa pelaksana berbesar hati dengan kesudian Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali menyempurnakan sesi penyampaian hadiah. Semoga dengan hadiah tersebut menjadi penyuntik dan pembakar semangat kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih tekun dan mencapai kejayaan.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik bagi kelas 5 Fokus.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik tahun 4 Ibnu Thufail.

Penerima hadiah Pelajar Terbaik tahun 6 Engineer.

Murid 6 Engineer bergambar kenangan bersama Guru Besar.

Murid-murid tahun 6 Lawyer tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama guru-guru pembimbing mereka iaitu Ustaz Ahmad Zubair dan Cikgu Musrizuan.

Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan banyak impak yang positif dalam pembentukan sahsiah diri yang terbaik dalam kalangan murid. Semua guru berharap agar murid-murid dapat mengaplikasikan apa sahaja yang telah diajar serta memperbaiki mana-mana kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Doa guru-guru sentiasa mengiringi langkah dan perjalanan murid-murid SKTPP. 

Sedikit info dan maklumat tambahan tentang solat.

HIKMAH SOLAT

Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.

(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith :
 
  1. Setiap orang Islam diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam kerana sembahyang yang dilakukan itu menjadi bukti seseorang itu patuh kepada perintah Allah SWT.
  2. Setiap amalan yang disuruh melakukannya akan dibalas dengan pembalasan yang berganda-ganda oleh Allah SWT.
  3. Sembahyang menghapuskan kekotoran maknawi iaitu dosa-dosa kecil, seperti air menghapuskan kekotoran zahir.
  4. Sembahyang adalah ibadat yang paling utama kerana ia adalah tiang agama.

 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


AZAB MENINGGALKAN SOLAT

SEKSAAN DI DUNIA

  • Allah mengurangkan berkat umurnya.
  • Allah tidak permudahkan rezekinya didunia.
  • Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
  • Dia tidak akan memperoleh tempat didalam lslam.
  • Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
  • Allah tidak akan menerima doanya.

SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

  • Mati dalam keadaan yang amat hina.
  • Mati dalam keadaan yang amat lapar.
  • Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman.

SEKSAAN SEWAKTU ALAM KUBUR

  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  • Allah akan mengelapkan kuburnya.
    Cenderahati yang diberikan kepada setiap murid. 
  • Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

  • Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan.
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab didalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.

No comments:

Post a Comment