Tarikh : 12 Oktober 2020 dan 13 Oktober 2020
Hari : Isnin dan Selasa
Masa : 1.00 petang - 6.00 petang
Senarai Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)
2. Nor Amirulfitri bin Othman (P)
3. Afandi bin Mat Zain
4. Fadhilah binti Talib
5. Halijah binti Mihat
6. Maizara binti Mahat
7. Nora Azean binti Che Othman
8. Nor Rafini binti Othman
9. Nurazlin binti Mat Nor
10. Nur Azizati binti Ahmad
11. Nur Malisha binti Omar
12. Rabihah binti Amiruddin
13. Salina binti Mohd Tasu
14. Suphasara Supranie a/p Airak
Sesi persekolahan minggu ke-39 pada minggu ini masih diteruskan walaupun berlakunya peningkatan bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia. Walaupun begitu, semua warga SK Taman Putra Perdana tetap sentiasa mengamalkan norma baharu selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semuanya terhindar dari jangkitan Covid-19.
Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.
Suasana di pintu pagar A dan B. Guru bertugas sentiasa mengambil suhu murid di pintu masuk sekolah. |
Murid-murid juga sentiasa diingatkan untuk membasuh tangan sebelum masuk ke kelas. |
Antara murid yang awal sampai ke sekolah... sebelum diarahkan bergerak ke kelas masing-masing. |
Waktu rehat. Murid-murid dikehendaki beratur untuk membeli makanan dan minuman. |
Pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara
Memandangkan bilangan kes Covid-19 meningkat di Lembah Kelang, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Oleh itu, seluruh sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarah tutup bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Kenyataan Media mengenai penutupan sekolah. |
Semoga seluruh warga SKTPP sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah dan dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam suasana yang ceria dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment