Hari ini telah berlangsung Pertandingan Madah Intelek PRS Sekolah Rendah Daerah Sepang yang telah diadakan melalui Medium google meet. Program ini merupakan program pertandingan pertama peringkat daerah Sepang yang melibatkan murid dan menggunakan medium google meet ini. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah sekolah rendah di daerah Sepang
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada adik Nuraisya Damea dari kelas 5 Jujur yang mewakili SKTPP ke pertandingan di peringkat daerah ini. Dua orang guru kaunseling SKTPP juga terlibat sebagai urusetia program.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan barisan PRS yang berkeyakinan, berani melontarkan idea dan pendapat secara ilmiah serta membina PRS sekolah rendah yang berkarisma dan intelektual terutama dalam bidang pengucapan awam. Program ini juga bertujuan untuk memilih calon PRS yang akan mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Madah Intelek PRS Sekolah Rendah di peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 10/12/2020.
Berikut adalah momen -momen yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..
Sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.30 pagi
Peserta seramai 10 orang telah bersedia, hanya tinggal seorang lagi tidak dapat dihubungi
Pn Nor Arzah telah bersedia untuk memberi taklimat kepada para peserta pertandingan
Sesi taklimat kepada peserta dan pemilihan giliran pembentangan
Pilihan giliran peserta menggunakan aplikasi pickerwheel
Contoh pemilihan giliran tertera nama sekolah setelah roda berhenti
SKTPP mendapat giliran peserta yang ke-3 untuk membuat pembentangan
Majlis rasmi dimulakan dengan sesi bacaan doa
Para peserta sama-sama mengaminkan doa bagi memohon keberkatan majlis
Cg Yunus, Kaunselor dari SMKPP mengetuai bacaan doa hari ni
Tuan Ishak bin Abdullah, Ketua Pegawai PPD Sepang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program pada hari ini
Peserta pertama dari SK Kg Baharu Lanjut
Adik Damea khusyuk mendengar pembentangan
Peserta comel dari SK Bandar Baru Salak Tinggi
Giliran adik Damea dari SKTPP membuat pembentangan (1) bertajuk Peranan dan tanggungjawab PRS di sekolah
Adik Damea membuat pembentangan dengan penuh keyakinan
Back drop program akan dipamerkan bersama iringan lagu PRS apabila program berhenti rehat selama lima minit untuk memberi laluan kepada AJK dan peserta yang perlu urus diri
Pembentangan peserta seterusnya dari SKTPP2 selepas sesi rehat 5 minit
Pembentangan peserta dari SK KLIA
Adik Damea sabar menunggu untuk pembentangan slot ke-2 iaitu slot soalan spontan
Slot kedua pembentangan soalan spontan juga menggunakan aplikasi picker wheel untuk memilih soalan
Solan no. 1 untuk adik Damea dari SKTPP
Tenang memikirkan isi untuk soalan spontan
Cg Che Rozana dari SK Kota Warisan membantu peserta untuk memusing roda pilihan soalan
Peserta pun suka tengok roda bepusing-pusing dan berhenti serta tertera soalan di skrin
Peserta dari SKTPP2 membuat pembentangan untuk solan spontan no. 3
Peserta terakhir dari SK Kota Warisan
Peserta dihidangkan dengan paparan video anti buli dari SK Sg Merab Luar sementara menunggu hakim membuat perbincangan untuk slot ulasan hakim
Video dari SK Cyberjaya berkaitan kerjaya
Video dari SMKA Sungai Merab Luar berkaitan Hidup Positif Tanpa Dadah
Sesi ulasan hakim untuk penambaikan kepada peserta program
Ketua Hakim, Pn Thilagavathi Kaunselor dari SMK Pantai Sepang Putra
Program tamat setelah selesai ulasan hakim
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta dan guru pembimbing yang berani mengambil peluang dan menyahut cabaran bagi memartabatkan PRS sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment